Satu trend baharu di media sosial mula mencuri perhatian ramai apabila pengguna berkongsi hasil suntingan gambar AI yang memaparkan versi diri mereka ketika kecil dan dewasa dalam satu bingkai yang sama.
Lebih menarik, gambar tersebut dihasilkan menggunakan bantuan teknologi kecerdasan buatan (AI) melalui aplikasi Gemini, dengan konsep hitam putih yang kelihatan profesional serta penuh emosi.
TREND GAMBAR AI DULUS VS SEKARANG, RAMAI DAH CUBA

Rata-rata yang mencuba trend ini berkongsi hasil yang cukup menyentuh hati, seolah-olah ‘bertemu’ semula dengan diri sendiri di masa lalu.
Menerusi perkongsian yang tular, pengguna hanya perlu memuat naik dua keping gambar iaitu gambar semasa kecil dan gambar terkini ke dalam aplikasi Gemini.
Kemudian, masukkan prompt khas bagi menghasilkan suntingan bergaya fotografi studio dengan elemen emosi yang kuat. Hasil akhirnya memperlihatkan dua versi diri yang saling ‘berinteraksi’, memberi gambaran perjalanan hidup seseorang dari kecil hingga dewasa.
Bagi yang ingin mencuba, ini langkah dan prompt yang dikongsikan:
1. Buka aplikasi Gemini
2. Masukkan gambar anda
3. Masukkan prompt di bawah:
> Using the images I’m going to upload to create a soft, emotional black and white art. Let the formation be as follows: On the left: a child version of me (from a childhood photo) looking with an innocent smile to the right, with 1995 written above it. On the right: A present version of me (from a recent photo) sits with her hands under her chin and looks at the child with a calm smile with “2026” written above her. Studio background: plain and soft (studio background). The lighting: soft, cinematic, warm (even a black-and-white photo). Style: professional, minimal emotional photography, focusing on feelings and visual communication between the two versions. Make the picture look so real like a real moment.
(Anda boleh ubah tahun mengikut tahun kelahiran dan tahun semasa masing-masing.)

Selain mudah dihasilkan, trend ini menarik perhatian kerana elemen sentimental yang dibawa. Ramai yang menganggap ia sebagai cara untuk ‘menghargai perjalanan hidup’ serta melihat kembali perubahan diri dari kecil hingga dewasa.
Malah, ada juga yang berkongsi rasa sebak apabila melihat hasil akhir kerana ia seolah-olah menggambarkan perbualan antara diri lama dan diri sekarang.
Jika anda ingin mencuba sesuatu yang berbeza dan penuh makna, mungkin trend ini boleh jadi salah satu yang patut dicuba.
https://www.tiktok.com/@nurmahran/photo/7635587758026657044?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7573886300173993489
Baca juga: 3 Prompt AI Buat Jadual Sekolah Anak Terus Jadi Cantik, Tak Perlu Susah Payah Buat Sendiri!
Sumber: TikTok Nurmarhan
