Euforia Bola 2026
40 Minggu

Hari Ke-14 Cukur Rambut Bayi, Ibu Ini Kongsi Cara Kira & Nilai Sedekah Untuk Orang Memerlukan

CUKUR RAMBUT

Amalan cukur rambut bayi merupakan antara sunnah yang sering dilakukan oleh ibu bapa selepas kelahiran, namun masih ramai yang belum mengetahui cara pelaksanaannya termasuk amalan bersedekah selepas proses tersebut.

Perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Natasha Azam mengenai pengalaman hari ke-14 kelahiran anaknya menarik perhatian ramai apabila dia berkongsi satu amalan sedekah yang dilakukan selepas mencukur rambut bayi.

Baca juga: “Saya Ikut Laluan Air” – Bapa Pertaruh Nyawa Redah Longkang, Harap Dapat Temui Anak Sulung Walau Apa Keadaan

CUKUR RAMBUT ANAK & TIMBANG UNTUK BERSEDEKAH

CUKUR RAMBUT

Menurut Natasha, pada hari ke-14 selepas kelahiran, dia membawa anaknya, Alayya, untuk melakukan proses cukur rambut seperti yang dianjurkan dalam Islam. Namun, apa yang lebih menarik perhatian ialah langkah seterusnya selepas proses tersebut dilakukan.

“Hari ke-14 haritu mommy bawa Alayya cukur rambut, lepas cukur, terus ke kedai dan timbang berat rambut. Selesai timbang baru tahu harga untuk disedekahkan,” jelasnya.

Perkongsian itu membuka mata ramai bahawa rambut yang dicukur boleh ditimbang dan dianggarkan nilainya sebelum jumlah tersebut disedekahkan kepada pihak yang memerlukan.

Natasha turut menjelaskan bahawa sedekah tersebut boleh disalurkan kepada golongan yang layak menerima bantuan, antaranya:

  • Fakir miskin
  • Anak yatim
  • Saudara mara yang susah
  • Orang yang memerlukan bantuan

Amalan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada orang lain, malah menjadi satu bentuk simbolik kesyukuran ibu bapa atas kelahiran cahaya mata.

Rata-rata netizen turut tertarik dengan cara pelaksanaan sedekah tersebut yang dilihat lebih tersusun dan mudah diamalkan oleh ibu bapa muda.

CUKUR RAMBUT

Malah, ramai yang baru mengetahui bahawa rambut bayi selepas dicukur boleh diambil kira dari sudut nilai dan disedekahkan dalam bentuk wang kepada golongan memerlukan.

Perkongsian Natasha Azam ini sekali lagi membuka ruang perbincangan dalam kalangan ibu bapa tentang cara mudah untuk mengamalkan sedekah selepas kelahiran, selaras dengan nilai memberi dan berkongsi rezeki yang dianjurkan dalam kehidupan seharian.

Baca juga: Jangan Terkejut Pelajar 4A4B ‘Lepas’ Matrikulasi, Yang 8A Pula Terkandas – Rupanya Ini Punca Sebenar!

Sumber: Threads Natasha Azam

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×