Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Suami Isteri BOLEH Mandi Wajib Bersama-Sama, Hukumnya Sah & Buat Hubungan Makin Erat!

MANDI WAJIB BERSAMA PASANGAN

Hukum mandi wajib bersama pasangan sering menjadi persoalan dalam kalangan suami isteri, terutamanya melibatkan hukum mandi bersama. Menerusi satu ceramah, Ustaz Azhar Idrus tampil memberikan penjelasan yang mudah difahami namun penuh dengan pengajaran.

Baca juga: Ini Doa Yang Patut Dibacakan Untuk Jemaah Haji, Bukan Sekadar Hantar & Ucap “Selamat Pergi”

MANDI WAJIB BERSAMA PASANGAN, DIBOLEHKAN ATAU SEBALIKNYA

MANDI WAJIB BERSAMA PASANGAN

Freepik

Menurut beliau, mandi bersama antara suami dan isteri adalah harus dan sah selagi dilakukan dengan pasangan yang halal. Tidak menjadi masalah untuk mandi dalam satu tempat atau bilik air yang sama, malah ia dibolehkan dalam Islam.

Namun begitu, Ustaz Azhar Idrus menegaskan bahawa perkara yang perlu dijaga adalah cara pelaksanaan mandi wajib itu sendiri.

Setiap individi suami dan isteri perlu melakukan rukun mandi wajib secara sempurna, termasuk niat dan memastikan air sampai ke seluruh anggota badan.

Beliau turut memberi contoh situasi yang tidak sah, seperti apabila suami hanya membasuh sebahagian anggota manakala isteri menyempurnakan bahagian lain. Dalam hal ini, mandi wajib tidak dikira sah kerana setiap individu wajib melaksanakannya secara sendiri dengan sempurna.

Dalam masa sama, beliau menjelaskan bahawa mandi bersama pasangan sebenarnya boleh menjadi satu amalan yang baik dalam rumah tangga kerana bukan sahaja dibolehkan, malah akan mengeratkan hubungan suami isteri.

MANDI WAJIB BERSAMA PASANGAN

Freepik

Menurut ulama, perbuatan mandi bersama ini boleh menimbulkan rasa kasih sayang dan kebahagiaan. Jika terdapat perasaan marah atau tekanan antara pasangan, momen seperti ini boleh membantu meredakan keadaan dan mengembalikan keharmonian.

Tambah beliau lagi, terdapat juga riwayat bahawa Nabi Muhammad SAW pernah mandi bersama isterinya, yang menunjukkan bahawa perbuatan ini bukan sesuatu yang dilarang dalam Islam.

Secara keseluruhannya, Islam tidak menghalang suami isteri untuk mandi bersama, malah membenarkannya selagi tidak melanggar batas syarak. Apa yang penting adalah memastikan ibadah mandi wajib dilakukan dengan betul dan sempurna oleh setiap individu.

Perkongsian ini sekali lagi memberi pencerahan kepada masyarakat agar lebih memahami hukum-hakam dengan tepat, di samping menghargai keindahan dan keharmonian dalam institusi rumah tangga.

Baca juga: 4 Adat Turun-Temurun Ini Masih Ramai Amalkan, Tapi Rupanya Bertentangan Dengan Ajaran Islam!

Sumber: YouTube Ustaz Azhar Idrus Official

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×