Euforia Bola 2026
Nur

Apa Hukum Sedekah/Infaq Kepada Orang Bukan Muslim? Ini Penjelasan & Batasan Yang Ramai Tak Tahu

hukum sedekah

Baru-baru ini tular di media sosial kisah seorang mekanik yang sanggup keluar pada lewat malam untuk membantu seorang lelaki berbangsa Cina yang mengalami kerosakan motosikal dan akhirnya menolak bayaran selepas melihat keadaan kewangan lelaki tersebut. Situasi ini membuka ruang perbincangan dalam masyarakat tentang satu aspek penting dalam Islam, iaitu hukum sedekah kepada bukan Muslim.

Baca juga: “Awak Tak Payah Bayar, Esok Allah Tolong Saya” Baki Duit Cukup-Cukup, Abang Mekanik Sebak Dipeluk Lelaki Cina Terkandas Tengah Malam

HUKUM SEDEKAH DAN INFAQ KEPADA BUKAN MUSLIM

hukum sedekah

Foto: Gemini AI

Dalam Islam, konsep sedekah dan infaq bersifat luas dan tidak hanya terhad kepada kalangan Muslim sahaja.

Ia merupakan amalan kebajikan yang boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan, selagi ia berada dalam lingkungan yang dibenarkan oleh syarak.

Menurut Ustaz Azhar Idrus, sebahagian ulama menyatakan bahawa sedekah yang diberikan kepada bukan Muslim dalam perkara yang diharuskan tetap mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT.

Hal ini kerana ia termasuk dalam ruang amal kebajikan dan ihsan yang dianjurkan oleh Islam.

Islam sangat menekankan nilai ihsan, iaitu berbuat baik kepada semua manusia tanpa mengira perbezaan agama, selama mana ia tidak bercanggah dengan prinsip syariah.

BATASAN BERSEDEKAH KEPADA BUKAN MUSLIM

hukum sedekah

Foto: Bank Mega Syariah

Walaupun Islam mengharuskan bantuan kepada bukan Muslim, ia tetap datang bersama garis panduan yang jelas.

Pemberian bantuan hanya dibenarkan dalam perkara yang bersifat baik dan tidak bercanggah dengan hukum syarak seperti:

  • Bantuan kemanusian seperti makanan
  • Rawatan
  • Keperluan hidup
  • Bantuan ketika kesusahan.

Namun, ia tidak dibenarkan jika:

  • Membiayai perkara maksiat
  • Aktiviti yang jelas bertentangan dengan akidah Islam

Dalam konteks kisah mekanik tersebut, tindakan beliau yang membantu tanpa mengira latar belakang agama dan menolak bayaran selepas melihat kesempitan hidup individu berkenaan boleh difahami sebagai nilai ihsan dalam Islam.

Ia bukan sekadar urusan kerja, tetapi menggambarkan bagaimana bantuan kemanusiaan boleh merentasi sempadan agama dan bangsa, selagi ia dilakukan dengan niat yang ikhlas dan berada dalam ruang yang dibenarkan syarak.

Situasi seperti ini memperlihatkan bagaimana ajaran Islam diterjemahkan dalam bentuk akhlak yang praktikal dalam kehidupan seharian.

Secara keseluruhannya, hukum infaq dan sedekah kepada bukan Muslim adalah harus dalam Islam dengan syarat-syarat tertentu yang perlu dipatuhi.

Kisah mekanik ini menjadi contoh kecil bagaimana nilai belas ihsan, keprihatinan dan kemanusiaan dapat dizahirkan dalam masyarakat.

Pada akhirnya, sedekah bukan hanya soal siapa yang menerima, tetapi juga tentang bagaimana Islam mendidik hati manusia untuk melihat orang lain sebagai insan yang layak dibantu, tanpa mengabaikan batasan syarak yang telah ditetapkan.

Baca juga: Ustazah Asma’ Harun Kongsi 8 Waktu Afdhal Bersedekah, Jom Rebut Pahala!

Sumber: Ustaz Azhar Idrus dan Konsultasi Syariah

FT Images: Al Azhar Peduli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×