Euforia Bola 2026
Nur

PU Riz Lancar Quranik Madani, Inisiatif Kelas Al-Quran Percuma Untuk Semua Umur…Siap Turun Padang!

quranik madani

Pendakwah bebas terkenal, Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz, tampil dengan satu inisiatif berskala nasional menerusi pelancaran program Quranik Madani.

Program ini merupakan kelas pengajian al-Quran secara percuma yang dibuka kepada seluruh masyarakat Islam di Malaysia tanpa mengira peringkat umur atau latar belakang.

Baca juga: Rupanya Buku ‘Iqra Pink’ Bukan Keluaran Sah, Syarikat Dibubar Sejak Tahun 2005 & Tiada Izin Percetakan!

PU RIZ PERKENAL QURANIK MADANI, KELAS AL QURAN PERCUMA

quranik madani

Foto: Instagram @hrisbismail

Menurut beliau, idea ini tercetus daripada keinginan untuk melihat lebih ramai umat Islam, khususnya generasi muda, bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah mempunyai penguasaan bacaan al-Quran yang baik sebagai bekalan kehidupan dunia dan akhirat.

Beliau turut menekankan bahawa usaha ini selari dengan sabda Nabi SAW yang menyatakan bahawa sebaik-baik manusia adalah mereka yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.

Justeru, program ini diharapkan dapat menghidupkan semula budaya membaca serta memahami al-Quran dalam kalangan masyarakat.

DIBUKA KEPADA SEMUA PERINGKAT UMUR

quranik madani

Foto: Freepik

Melalui Quranik Madani, beberapa komponen utama diperkenalkan bagi memastikan pendekatan yang inklusif dan menyeluruh.

Antaranya ialah program hafazan awal kanak-kanak yang menyasarkan usia seawal tiga hingga sembilan tahun, bagi membina asas kukuh sejak kecil.

Selain itu, golongan dewasa yang sering berdepan kekangan masa turut diberi perhatian dengan penyediaan kelas percuma yang fleksibel.

Pendekatan ini bertujuan memastikan tiada lapisan masyarakat yang tercicir daripada peluang mempelajari al-Quran.

Dalam masa sama, program ini juga membuka ruang kepada golongan asatizah untuk meningkatkan tahap profesionalisme menerusi Pensijilan Profesional yang mendapat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Menurut PU Riz, pengiktirafan ini bukan sahaja meningkatkan kredibiliti tenaga pengajar, malah berpotensi membuka peluang ke peringkat global dalam bidang pendidikan al-Quran.

PENDEKATAN TURUN PADANG, DEKAT DENGAN KOMUNITI

Menariknya, pelaksanaan Quranik Madani akan digerakkan secara inklusif melalui pendekatan turun padang ke pelbagai lokasi berdasarkan keperluan dan permintaan komuniti setempat.

Pendekatan ini dilihat mampu mendekatkan masyarakat dengan pengajian al-Quran secara lebih praktikal dan mudah diakses, selaras dengan matlamat untuk memperluaskan lagi budaya celik al-Quran dalam negara.

Inisiatif ini juga memperlihatkan komitmen PU Riz dalam memperkasakan pendidikan Islam secara lebih sistematik, moden dan menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Baca juga: Senarai Lengkap Sekolah Tahfiz Di Selangor Yang Berdaftar

Sumber: Instagram @hrisbismail

FT Images: Instagram @hrisbismail dan Freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×