Awal tahun 2026 menunjukkan peningkatan ketara rakyat Malaysia hilang pekerjaan, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat kerana kos sara hidup yang semakin meningkat.
Dalam masa yang sama, di platform media sosial banyak berkongsi pengalaman pekerja yang terkesan, sekali gus menunjukkan kebenaran terhadap kenaikan angka tersebut.
Baca juga: Nak Cepat Dipanggil Interview? Ini 7 Template Resume Paling Sesuai Untuk Semua Kerjaya
LEBIH 24,000 RAKYAT HILANG PEKERJAAN, NETIZEN KONGSI PUNCA SEBENAR

Foto: Gemini AI
Menurut analisis oleh Hong Leong Investment Bank (HLIB) berdasarkan data Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), seramai kira-kira 10,700 pekerja diberhentikan pada Januari, diikuti 7,500 pada Februari dan 5,900 pada Mac.
Walaupun jumlah bulanan menunjukkan penurunan, keseluruhan angka melebihi 24,000 pekerja dalam tempoh tiga bulan pertama ini masih lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.
Antara sektor yang paling terjejas termasuk:
- Pembuatan
- Perdagangan borong dan runcit
- Logistik
Kawasan Lembah Klang, khususnya Selangor dan Kuala Lumpur, mencatatkan jumlah pemberhentian tertinggi memandangkan ia merupakan pusat utama aktiviti ekonomi negara.
Walaupun ramai kehilangan pekerjaan, kadar pengangguran negara masih kekal sekitar 2.9 peratus.
Ini menunjukkan pasaran buruh masih aktif, dengan peluang pekerjaan baharu dibuka terutamanya dalam sektor perkhidmatan dan pembinaan. Namun begitu, realitinya tidak semudah itu.
Perbezaan antara jumlah pekerja yang kehilangan kerja dan peluang baharu yang tersedia menunjukkan tekanan ekonomi masih dirasai, terutama bagi mereka yang terkesan secara langsung.
NETIZEN BERKONGSI REALITI PEMBERHENTIAN PEKERJA

Foto: Gemini AI
Isu ini turut hangat diperkatakan di platform Threads, apabila ramai pengguna mula berkongsi pengalaman sebenar mereka berdepan situasi pemberhentian kerja.
Seorang pengguna iaitu @aimanadha bertanya siapa yang terkesan, khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur. Ada yang berkongsi bahawa faktor utama ialah kejatuhan jualan syarikat,
“Sebab sales drop dari 2024. So x boleh nak tampung pekerja. Last year dah start potong gaji dengan persetujuan bersama, tapi masih tak cukup. Akhirnya keluar senarai VSS dan MSS.”
Ada juga yang melihat ia sebagai strategi penjimatan kos syarikat,
“Kebanyakan company downsizing untuk jimat kos. Ada yang ambil fresh grad sebab gaji lebih rendah, dan buang pekerja lama.”
Seorang lagi berkongsi pengalaman sendiri selepas diberhentikan:
“Saya kena retrenched Mac 2026. Company kurangkan headcount di Malaysia dan pindahkan ke negara lain yang kos lebih rendah.”
Dalam masa sama, ada pandangan yang lebih menyeluruh tentang situasi ini:
“Ini bukan soal siapa lemah atau kuat. Banyak syarikat overhire lepas Covid, sekarang tengah ‘reset’. Demand global perlahan, automation meningkat, jadi syarikat kena jaga margin. Ramai yang kena bukan sebab tak perform, tapi sebab bisnes tak mampu sustain.”
Bagi pekerja, ini menjadi satu peringatan bahawa kestabilan kerjaya hari ini tidak lagi boleh diambil mudah.
Walaupun pasaran kerja Malaysia masih menunjukkan pergerakan positif, realiti semasa membuktikan ramai pekerja kini berdepan ketidaktentuan.
Gelombang pemberhentian kerja ini mencerminkan perubahan besar dalam ekonomi dan bagi sesetengah orang, ia bukan sekadar statistik, tetapi pengalaman hidup yang benar-benar mencabar.
Baca juga: Asyik Kena Tolak Sebab ‘Tiada Pengalaman’? Ini 10 Strategi Bijak Bantu Anda STOP ‘Tanam Anggur’!
Sumber: NST Online dan Threads @aimanadha
FT Images: Gemini AI
