Euforia Bola 2026
Famili

“Risau Orang Marah”- Azza Elite Elak Hadir Jemputan ‘Open House’ Demi Keselesaan & Emosi Anak Autisme

AZZA ELITE

Menerusi perkongsian seorang ibu dikenali sebagai Azza Elite di media sosial, dia memilih untuk tidak menghadiri sebarang majlis rumah terbuka yang diadakan oleh orang lain. Keputusan tersebut dibuat demi menjaga emosi dan kesejahteraan anaknya, Adam, yang merupakan seorang kanak-kanak autisme.

Baca juga: Detik Cemas Berakhir Lega! PPUM Berjaya Selamatkan Nyawa Remaja 16 Tahun, Alami Salur Darah Bengkak

AZZA ELITE ELAK HADIR OPEN HOUSE, JAGA KESELESAAN ANAK AUTISME

AZZA ELITE

Menurutnya, dia bimbang kehadiran mereka mungkin menimbulkan situasi kurang selesa, terutama apabila melibatkan persekitaran yang mempunyai pelbagai permainan atau barangan yang boleh menarik perhatian kanak-kanak.

“Anak saya masih kanak-kanak dan mempunyai autisme. Kalau nampak permainan, dia mungkin akan ambil atau bermain tanpa sedar. Saya risau nanti disalah faham,” kongsinya.

Dia turut menjelaskan bahawa anaknya sebenarnya mampu berkelakuan baik di tempat awam seperti restoran atau hotel, malah tidak menimbulkan sebarang masalah. Namun, suasana di rumah orang lain membuatkan Azza lebih berhati-hati.

Menurutnya, jika majlis diadakan di kawasan terbuka seperti di bawah khemah, Azza masih boleh mempertimbangkan untuk hadir kerana persekitarannya lebih terkawal.

Tambahnya lagi, keputusan untuk mengelak hadir ke rumah terbuka juga dipengaruhi oleh pengalaman terdahulu yang menyentuh perasaannya sebagai seorang ibu.

AZZA ELITE

Azza mengakui menjadi seorang ibu yang sangat melindungi anak, sentiasa peka terhadap persekitaran dan memastikan anaknya tidak berada dalam situasi yang boleh menyebabkan tekanan atau salah faham daripada orang lain.

“Sebagai ibu, perhatian saya sentiasa pada anak. Saya tidak mahu dia berada dalam situasi yang membuatkan dia atau orang lain tidak selesa,” jelasnya.

Perkongsian ini membuka mata ramai tentang realiti yang dihadapi oleh ibu bapa kepada anak autisme. Selain mengurus keperluan harian anak, mereka juga perlu mempertimbangkan pelbagai faktor termasuk penerimaan masyarakat dan kesesuaian persekitaran.

Dalam masa sama, ia menjadi peringatan bahawa setiap kanak-kanak adalah berbeza dan memerlukan pendekatan serta kefahaman yang lebih empati daripada orang sekeliling.

Baca juga: Pusat Perkhidmatan Autisme (PPA) Bangi Kini Dibuka! Tawar Terapi Berterusan, Ibu Bapa Boleh Mula Daftar Anak

Sumber: Threads Azza Elite

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×