Euforia Bola 2026
40 Minggu

“Masuk Bilik Air Tengok Dah Terbaring!”- Lelaki Terkejut Dapat Anak ‘Ajaib’, Isteri Tak Sedar Hamil Hinggalah Masa Bersalin!

bayi ekspres

Ada kalanya, aturan kehidupan datang dengan cara yang tidak disangka-sangka sehingga membuatkan kita benar-benar terkesima. Begitulah kisah kelahiran ‘bayi ekspres’ ini yang dianggap sebagai satu keajaiban, apabila seorang ibu tidak menyedari dirinya hamil sehinggalah saat bayi itu dilahirkan.

Baca juga: Ramai Cakap Bersalin Anak Kedua Lebih Mudah & Cepat…Betul Ke? Ini Fakta Menarik Ramai Tak Tahu!

WANITA TERKEJUT KELUARGA ABANGNYA DAPAT BAYI EKSPRES

bayi ekspres

Gambar di Threads Fatimah Diana.

Perkongsian tersebut dibuat oleh Fatimah Diana, 30, di Threads yang menceritakan pengalaman keluarganya menerima kelahiran ahli baharu secara mengejut.

Walaupun situasi itu mencetuskan rasa panik pada awalnya, berita baiknya ibu dan bayi kini berada dalam keadaan selamat.

Keluarga terkejut tiba-tiba dapat ahli baharu

Menurut perkongsian Fatimah, keluarganya benar-benar tidak menjangka kelahiran bayi tersebut kerana kakak iparnya itu langsung tidak menyedari dirinya hamil sebelum ini.

“KORANG BABY AJAIB DAH ADA DEPAN MATA! Tak pasal pasal dapat anak sedara express, thank you semua yang mendoakan baby and mommy dia. Dua dua sihat. Cuma kena warded lagi, mommy dia tumpah darah banyak masa besalin,” tulisnya.

Fatimah turut memaklumkan bahawa anak buahnya itu dilahirkan dengan berat sekitar 2.94 kilogram dan berada dalam keadaan stabil.

Baca juga: Ramai Terpedaya! Beli Lampu Biru ‘Online’ Konon DIY Rawat Jaundis, Rupanya Ini Risiko Pada Bayi Kuning

Haid tak teratur buat si ibu sangka bukan hamil

Menjawab persoalan warga maya, Fatimah menjelaskan bahawa kakak iparnya memang mengalami haid yang tidak teratur kerana mengambil pil perancang.

Keadaan itu menyebabkan kakak iparnya menyangka kelewatan haid hanyalah kesan ubat, bukan tanda kehamilan.

“Dia makan pil perancang memang period tak teratur, itu dia ingat lama tak period sebab makan pil. Ujian pun negatif,” balasnya.

Selain itu, perubahan fizikal juga tidak begitu ketara sehingga membuatkan ibu berkenaan tidak menyedari dirinya hamil. Malah, rasa tidak selesa pada bahagian perut hanya disangka sebagai masalah kembung biasa.

“Tak gempal pun. Jenis tinggi kot,” katanya ketika menjawab soalan mengenai bentuk badan kakak iparnya.

“Dia ingat kembung biasa,” jelasnya lagi.

Apa yang lebih mengejutkan, bayi tersebut sebenarnya merupakan anak ketiga dalam keluarga abangnya.

Walaupun pernah melalui pengalaman bersalin sebelum ini, situasi kali ini tetap membuatkan kakak iparnya terkejut kerana tidak menyedari kehamilan langsung.

Perkongsian tersebut turut mengundang pelbagai reaksi warga maya yang berkongsi pengalaman hampir sama. Ada yang hanya mengetahui dirinya hamil selepas pemeriksaan di hospital, malah ada juga yang menyangka mengalami masalah kesihatan lain sebelum akhirnya bersalin.

Baca juga: Bayi Dalam Kandungan Pergi Selamanya Selepas Sebulan, Letupan Putra Heights Tinggalkan Duka Berganda

Bapa ‘bayi ekspres’ berkongsi detik kelahiran anaknya

Dalam perkembangan lain, bapa kepada bayi tersebut, Abyan, 32, turut berkongsi detik cemas sebelum kelahiran berlaku.

Menurutnya, isterinya, Dalilah, 27, pada awalnya hanya mengadu sakit perut selepas pulang dari rumah terbuka dan disangka senggugut biasa kerana sedang mengambil pil perancang.

“Tapi pukul 11 malam sakit perut itu jadi makin kuat dan kerap setiap 3 minit,” katanya kepada penulis Siraplimau.

Keadaan kemudian menjadi lebih serius apabila isterinya tidak lagi mampu bergerak dan hanya terbaring menahan kesakitan sebelum bantuan dipanggil.

“Saya masuk bilik air tengok isteri dah terbaring atas lantai tahan sakit. Saya bawa ke katil dan hubungi ambulans sebab isteri dah tak boleh bangun,” jelasnya.

Namun, bayi akhirnya dilahirkan lebih awal daripada jangkaan sebelum bantuan sempat tiba di lokasi.

“Tahu-tahu isteri panggil kata dengar suara baby. Saya tengok anak dah separuh keluar jadi saya tarik bayi dan dapatkan bantuan dari jiran-jiran,” katanya lagi.

Abyan turut merakamkan penghargaan kepada jiran-jirannya yang membantu ketika situasi cemas itu berlaku sebelum isterinya dibawa ke Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam untuk rawatan lanjut dan ditahan satu malam.

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah kawasan pangsapuri di sekitar Puncak Alam.

bayi ekspres

Gambar hiasan: Cleveland Clinic

Kelahiran bayi secara mengejut dalam perspektif perubatan

  • Menurut portal Cleveland Clinic, keadaan yang dikenali sebagai kehamilan tersembunyi (cryptic pregnancy) atau kehamilan tidak disedari berlaku apabila seseorang wanita tidak menyedari dirinya hamil sehingga memasuki fasa lewat kehamilan, malah ada kes hanya diketahui ketika hendak bersalin.
  • Keadaan ini boleh terjadi apabila simptom kehamilan terlalu ringan, tidak jelas atau disalah anggap sebagai masalah kesihatan biasa seperti kembung perut, keletihan atau gangguan hormon.
  • Pakar juga menjelaskan bahawa antara faktor yang menyumbang termasuk haid tidak teratur, perubahan hormon, serta keputusan ujian kehamilan yang boleh menjadi negatif jika tahap hormon hCG tidak cukup tinggi pada awal kehamilan.
  • Dalam sesetengah kes, wanita mungkin masih mengalami pendarahan yang disangka sebagai haid, menyebabkan kehamilan tidak disedari lebih lama.
  • Walaupun jarang berlaku, keadaan ini diakui secara perubatan dan boleh memberi kesan kepada kesihatan ibu serta bayi sekiranya tidak mendapat pemantauan kehamilan yang sewajarnya.

Kesimpulan

Kisah kelahiran bayi ekspres ini menunjukkan bahawa setiap kehamilan boleh berlaku dalam keadaan yang berbeza, dan tidak semua wanita mengalami tanda-tanda yang jelas.

Yang pasti, walaupun hadir secara mengejut, kehadiran seorang anak tetap membawa rasa syukur dan kegembiraan kepada seluruh keluarga.

AMARAN!

Artikel ini merupakan temu ramah eksklusif Siraplimau dengan pihak terbabit. Jadi, anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di laman portal yang lain tanpa pemberian kredit yang tepat.

Sumber: Threads @fatimadianah / Cleveland Clinic

FT Image: Threads @fatimadianah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×