Euforia Bola 2026
Kewangan

Akaun 3 KWSP: Golongan Pendapatan Rendah ‘Pecah Rekod’ Pengeluaran, Ini Realiti Kewangan Rakyat Ramai Tak Sedar!

akaun fleksibel

Kemudahan yang dikenali sebagai Akaun Fleksibel (Akaun 3) yang diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilihat memberi gambaran jelas tentang corak kewangan rakyat Malaysia, khususnya dari segi pengeluaran simpanan mengikut kumpulan pendapatan.

Menurut laporan penyelidikan yang dipetik oleh New Straits Times, majoriti pengeluaran daripada Akaun Fleksibel dilakukan oleh pencarum berpendapatan rendah, sekali gus menunjukkan keperluan mereka terhadap tunai segera bagi menampung kos kehidupan harian.

Baca juga: Anak Dapat Duit Raya Cecah Ribuan Ringgit? Ini 6 Cara Bijak Urus Simpanan Elak ‘Lesap’ Begitu Saja!

BERPENDAPATAN RENDAH MAJORITI PENGELUARAN AKAUN FLEKSIBEL KWSP

akaun fleksibel

Gambar NST.

Setakat Oktober tahun lalu, hampir lima juta ahli berusia bawah 55 tahun telah membuat sekurang-kurangnya satu pengeluaran daripada Akaun Fleksibel, melibatkan jumlah aliran keluar dana sebanyak RM16.6 bilion.

Laporan tersebut menunjukkan bahawa pencarum yang memperoleh pendapatan di bawah RM3,000 sebulan merupakan kumpulan terbesar yang membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel.

Antara dapatan utama bagi kumpulan ini:

  • Golongan berpendapatan bawah RM3,000 mewakili 51.1 peratus daripada jumlah individu yang membuat pengeluaran.
  • Walaupun jumlah mereka paling ramai, mereka hanya menyumbang 28.6 peratus daripada jumlah keseluruhan nilai pengeluaran.
  • Pengeluaran yang dibuat biasanya dalam jumlah kecil tetapi dilakukan dengan lebih kerap.

Menurut laporan itu, situasi ini didorong oleh keperluan untuk mendapatkan wang tunai segera bagi menampung perbelanjaan harian dalam keadaan pendapatan yang terhad dan kos sara hidup yang meningkat.

Baca juga: Gaji Ideal & Bermaruah Sudah Patut RM5 Ribu Ke Atas – Penganalisis Ekonomi

akaun fleksibel

Gambar hiasan: Gemini AI

GOLONGAN BERPENDAPATAN TINGGI BUAT PENGELUARAN LEBIH BESAR

Sebaliknya, pencarum yang memperoleh pendapatan RM10,000 dan ke atas didapati membuat pengeluaran dalam jumlah yang lebih besar walaupun bilangan mereka kecil.

Perbezaan utama kumpulan ini:

  • Hanya sekitar 4 peratus daripada individu yang membuat pengeluaran datang daripada kumpulan berpendapatan tinggi.
  • Namun mereka menyumbang kira-kira 17.7 peratus daripada jumlah keseluruhan nilai pengeluaran.
  • Pengeluaran yang dibuat dilihat lebih besar dan dirancang.

Laporan tersebut menyatakan bahawa kumpulan ini menggunakan kemudahan Akaun Fleksibel sebagai sumber kecairan tunai kos rendah yang selari dengan perancangan kewangan mereka.

PERBEZAAN CORAK PENGELUARAN MENGIKUT DEMOGRAFI

Selain faktor pendapatan, laporan itu turut mendedahkan perbezaan dalam corak pengeluaran berdasarkan profil demografi. Dapatan berkaitan kumpulan etnik:

  1. Pencarum Melayu merupakan kumpulan terbesar membuat pengeluaran iaitu 64.1 peratus daripada jumlah individu, menyumbang 57.8 peratus daripada jumlah nilai pengeluaran.
  2. Pencarum Cina pula membentuk 11.7 peratus daripada individu yang membuat pengeluaran, namun menyumbang 22.7 peratus daripada jumlah keseluruhan dana yang dikeluarkan.

Akaun Fleksibel diperkenalkan sejak Mei 2024

Sebagai rekod, Akaun Fleksibel atau Akaun 3 diperkenalkan oleh KWSP sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula simpanan ahli.

Kemudahan tersebut mula berkuat kuasa secara rasmi pada 11 Mei 2024, bertujuan memberi fleksibiliti kepada pencarum untuk mengakses sebahagian simpanan mereka mengikut keperluan kewangan masing-masing.

Baca juga: Gaji RM1.7K Boleh Bersara Dengan Simpanan 1 Juta, Jika Lakukan Tips Dari KWSP Ini!

Sumber: NST

FT Image: Gemini AI / NST

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×