Ramai yang teruja bila mahu beli kuali baharu, terutama apabila melihat pelbagai pilihan menarik di kedai peralatan dapur. Ada yang berwarna cantik, ringan dan nampak moden.
Namun, tidak semua kuali yang mahal atau popular sebenarnya sesuai untuk kesihatan dan penggunaan jangka panjang.
Baca juga: Resipi Kentang Bakar Popular Untuk Jamuan Sekolah Anak, Wanita Ini Dedah Cara Mudah Tanpa ‘Oven’!
PANDUAN SEBELUM BELI KUALI BARU
Perkongsian oleh Tengku Asmadi di Facebook baru-baru ini membuka mata ramai tentang kepentingan memahami jenis kuali sebelum membuat keputusan membeli, khususnya dari sudut keselamatan bahan dan ketahanan penggunaan harian.
KENALI 5 JENIS KUALI DAN RISIKO TERSEMBUNYI
Berikut ialah lima jenis kuali yang biasa digunakan di pasaran, lengkap dengan kelebihan dan kekurangan yang perlu diketahui sebelum membuat pilihan:
1. Kuali Non-Stick (Teflon/Seramik)
- Kelebihan: Paling mudah digunakan, makanan tidak melekat dan sesuai untuk memasak hidangan ringkas seperti telur atau lempeng.
- Kekurangan: Mempunyai jangka hayat tertentu. Apabila permukaan calar, ia berisiko melepaskan bahan kimia seperti PTFE atau PFOA.
- Kesimpulan: Kuali non-stick sesuai untuk pengguna baharu atau kegunaan ringan, tetapi kurang sesuai sebagai pelaburan jangka panjang.
2. Stainless Steel Honeycomb (Hybrid)
- Kelebihan: Rekaan corak sarang lebah menjadikan kuali lebih tahan lasak dan boleh digunakan dengan sudip besi.
- Kekurangan: Masih mempunyai lapisan tertentu di bahagian dalam, walaupun lebih tahan berbanding non-stick biasa.
- Kesimpulan: Pilihan seimbang untuk kegunaan harian, terutama bagi keluarga yang kerap memasak.
3. Kuali Tembaga (Copper)
- Kelebihan: Pengagihan haba sangat sekata, menjadikan masakan lebih cepat dan tidak mudah hangit.
- Kekurangan: Harga mahal dan memerlukan penjagaan rapi. Tidak sesuai untuk makanan berasid jika tiada lapisan pelindung.
- Kesimpulan: Sesuai untuk individu yang serius dalam bidang masakan atau mahukan kualiti masakan setanding restoran.
4. Traditional Stainless Steel (Tanpa Coating)
- Kelebihan: Tidak mengandungi bahan kimia dan dianggap antara pilihan paling selamat untuk kesihatan. Tahan lama dan boleh digunakan bertahun-tahun.
- Kekurangan: Makanan mudah melekat jika teknik pemanasan tidak betul.
- Kesimpulan: Pilihan terbaik untuk mereka yang mengutamakan keselamatan dan kesihatan keluarga.
5. Cast Iron (Besi Hitam)
- Kelebihan: Tahan lama, mengekalkan haba dengan baik dan boleh menambah zat besi secara semula jadi dalam makanan.
- Kekurangan: Berat dan memerlukan penjagaan seperti menyapu minyak untuk mengelakkan karat.
- Kesimpulan: Sesuai untuk masakan seperti panggang, grill atau masakan perlahan (slow-cook).
Baca juga: Wanita Kongsi Cara Ibunya Buat Sup Soto Pekat & Sedap, Sekali Rasa Ramai ‘PM’ Tepi Minta Resipi!

Gambar: Tengku Asmadi
PILIH KUALI IKUT GAYA MEMASAK DAN KEPERLUAN KELUARGA
Dalam perkongsian sama, Tengku Asmadi turut menekankan bahawa pemilihan kuali sepatutnya bergantung kepada gaya memasak dan keperluan harian, bukannya sekadar mengikut trend atau rupa luaran.
Berikut ialah tiga cadangan jenis kuali berdasarkan gaya penggunaan di dapur:
1. Untuk ‘Heavy User’ (Masak setiap hari, keluarga besar)
- Cadangan: Stainless Steel Honeycomb
- Sebab: Lebih tahan lasak, boleh digunakan dengan sudip besi dan tidak memerlukan penjagaan rumit.
- Sesuai untuk: Ibu bapa atau individu yang kerap memasak dan mahukan kuali yang tahan lama bertahun-tahun.
2. Untuk ‘Health-Conscious’ (Utamakan kesihatan & bebas bahan kimia)
- Cadangan: Traditional Stainless Steel (Tanpa Coating)
- Sebab: Tidak mengandungi salutan kimia dan dianggap antara pilihan paling selamat untuk kegunaan jangka panjang.
- Sesuai untuk: Mereka yang sangat menitikberatkan keselamatan makanan dan kesihatan keluarga.
3. Untuk Masakan ‘Slow-Cook’ atau Grill (Contohnya daging & steak)
- Cadangan: Cast Iron (Besi Hitam)
- Sebab: Menyimpan haba dengan baik dan menghasilkan masakan yang lebih sekata serta berperisa.
- Sesuai untuk: Penggemar masakan panggang, grill atau hidangan yang dimasak dalam tempoh lama.
Kesimpulannya, sebelum membuat keputusan untuk membeli kuali baru, pengguna disarankan memahami fungsi sebenar setiap jenis kuali dan menilai kesesuaiannya dengan gaya hidup serta tahap penggunaan harian di dapur.
Sumber: Tengku Asmadi
FT Image: Freepik

