Euforia Bola 2026
Didik

KPM Tawar Tempat Automatik Di Matrikulasi Untuk Semua Calon SPM 10A Ke Atas, Tahniah!

KEMASUKAN MATRIKULASI

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa seramai 6,717 pelajar yang meraih keputusan 10A dan ke atas dalam SPM 2025 akan ditawarkan kemasukan matrikulasi secara automatik bagi sesi 2026/2027.

Menurut kenyataan rasmi, tawaran ini diberikan kepada semua calon yang membuat permohonan, tanpa mengira kaum atau latar belakang, sebagai usaha mengiktiraf pencapaian akademik cemerlang mereka.

Baca juga: Selalu ‘Blank’ Nak Jawab Exam Sejarah? Cuba Guna Keyword Ini Untuk Hafal & Lebih Senang!

KEMASUKAN MATRIKULASI AUTOMATIK UNTUK PELAJAR 10A KE ATAS

KEMASUKAN MATRIKULASI

Walaupun begitu, dasar sedia ada berkaitan kuota 90 peratus Bumiputera bagi kemasukan ke program matrikulasi masih dikekalkan dan tidak mengalami sebarang perubahan.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, turut mencadangkan agar pelajar yang memperoleh keputusan 10A diberikan tempat secara automatik dalam program berkenaan.

Cadangan itu dilihat sebagai langkah menghargai usaha pelajar cemerlang serta memastikan peluang pendidikan yang lebih adil untuk golongan berprestasi tinggi.

Beliau juga menggesa agar dasar tersebut diteruskan dan dipertimbangkan secara serius demi memaksimumkan potensi pelajar untuk pembangunan negara.

Untuk rekod, seramai 13,779 calon SPM 2025 atau 3.55 peratus daripada keseluruhan calon berjaya memperoleh gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran. Selain itu, 376 calon mencatatkan keputusan semua A+ — menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

Baca juga: Pelajar Skor 9A SPM Kongsi Senarai YouTube Channel Untuk Ulang Kaji, Ramai Setuju Memang ‘Power’!

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×