Euforia Bola 2026
Kerjaya

Duduk Rumah Pun Boleh Jana Income, Ini 10 Bisnes Dijangka Paling ‘Laku Keras’ Bila WFH Bermula

idea bisnes

Dalam situasi perubahan gaya kerja seperti pelaksanaan work from home, semakin ramai mula mencari idea bisnes yang sesuai untuk menambah pendapatan dari rumah.

Perubahan rutin harian ini bukan sahaja mengubah cara bekerja, malah membuka peluang kepada pelbagai jenis perniagaan yang lebih relevan dengan keperluan semasa.

Baca juga: Nak Jadi Pekerja A+? Kena Guna 7 ‘Tools’ Digital Ini, Barulah Kerja Lebih Tersusun & Tak Pening Kepala!

IDEA BISNES DARI RUMAH PALING LAKU JIKA WFH

IDEA BISNES

Freepik

Berikut merupakan 10 jenis bisnes yang dijangka berpotensi tinggi dan mendapat permintaan apabila WFH dilaksanakan:

1. Kerusi ergonomik dan setup workstation

Apabila rumah bertukar menjadi ruang kerja utama, keselesaan menjadi keutamaan dan pastinya ramai mula melabur dalam kerusi ergonomik, meja boleh laras serta aksesori bagi memastikan postur badan kekal baik sepanjang bekerja. Produk-produk ini kini bukan lagi sekadar kehendak, tetapi menjadi keperluan harian.

2. Internet 

Sambungan internet yang stabil merupakan nadi utama kepada mereka yang bekerja dari rumah. Gangguan talian boleh menjejaskan produktiviti dan menyebabkan tekanan. Oleh itu, permintaan terhadap router berkualiti, sistem mesh WiFi serta pelan internet berkelajuan tinggi dijangka meningkat dengan ketara.

3. Makanan ready-to-eat dan sejuk beku

Walaupun berada di rumah, tidak semua individu mempunyai masa untuk memasak. Makanan segera, ready to eat dan produk sejuk beku menjadi pilihan kerana ia mudah disediakan, menjimatkan masa serta boleh disimpan untuk tempoh yang lama.

4. Servis kemas dan cuci rumah

Penggunaan rumah secara berterusan menyebabkan ia lebih cepat kotor dan memerlukan penyelenggaraan berkala. Perkhidmatan seperti pembersihan rumah, servis penghawa dingin dan pembaikan paip dijangka mendapat permintaan tinggi kerana ramai memilih untuk menyerahkan kerja tersebut kepada pihak profesional.

5. Produk kesihatan dan kecergasan

Gaya hidup bekerja dari rumah yang kurang pergerakan boleh memberi kesan kepada kesihatan. Oleh itu, ramai mula mencari alternatif untuk kekal aktif di rumah seperti peralatan senaman ringan, tikar yoga serta suplemen kesihatan.

6. Produk hiburan di rumah

Apabila ruang kerja dan ruang rehat berada di tempat yang sama, tekanan mental boleh meningkat. Produk hiburan seperti permainan papan, konsol permainan dan aktiviti keluarga menjadi pilihan bagi mengurangkan stres serta mengisi masa lapang dengan lebih berkualiti.

IDEA BISNES

7. Pendidikan dalam talian

Bekerja dari rumah turut memberi ruang kepada individu untuk memanfaatkan masa dengan meningkatkan kemahiran diri. Permintaan terhadap kelas dalam talian, kursus kemahiran digital dan peluang menjana pendapatan sampingan dijangka meningkat apabila ramai mula mencari sumber pendapatan tambahan.

8. Produk kanak-kanak 

Bagi ibu bapa yang bekerja dari rumah, menguruskan anak dalam masa yang sama boleh menjadi cabaran. Produk seperti kit aktiviti, permainan edukasi dan bahan pembelajaran interaktif membantu mengisi masa anak-anak dengan aktiviti yang bermanfaat.

9. Bisnes pengantaran dan personal shopper

Kemudahan penghantaran menjadi semakin penting apabila orang ramai lebih selesa berada di rumah. Perkhidmatan penghantaran, runner serta personal shopper memainkan peranan penting dalam memastikan keperluan harian dapat diperoleh tanpa perlu keluar.

10. Produk keperluan harian 

Selain perkhidmatan, jualan barangan keperluan harian secara dalam talian juga menunjukkan peningkatan. Pengguna cenderung membeli secara digital kerana lebih mudah, cepat dan menjimatkan masa.

Pelaksanaan WFH bukan sekadar perubahan sementara, malah berpotensi membentuk norma baharu dalam kehidupan masyarakat. Bagi usahawan dan individu yang ingin memulakan perniagaan, ini merupakan peluang terbaik untuk menyesuaikan strategi mengikut keperluan semasa.

Baca juga: Nak Jadi Pekerja A+? Kena Guna 7 ‘Tools’ Digital Ini, Barulah Kerja Lebih Tersusun & Tak Pening Kepala!

Sumber: Facebook Fahdi Ghazali & Indeed

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×