Ramai yang suka kentang bakar, lebih-lebih lagi apabila disediakan dengan cara yang ringkas tetapi rasanya tetap sedap. Baru-baru ini, Rosalisa Othaman berkongsi resipi kentang bakar di Facebook selepas anaknya, Niyaz, meminta dibawa ke jamuan sekolah agama.
Daripada niat asal nak buat udon goreng, Niyaz bertukar fikiran dan memilih kentang bakar dengan sos yang biasa dibuat oleh Rosalisa.
Baca juga: Wanita Kongsi Cara Ibunya Buat Sup Soto Pekat & Sedap, Sekali Rasa Ramai ‘PM’ Tepi Minta Resipi!
RESIPI KENTANG BAKAR (POTATO GRILLED) UNTUK JAMUAN SEKOLAH

Gambar: Rosalisa Othaman
Menurutnya lagi, reaksi rakan-rakan sekolah anaknya apabila mencuba kentang bakar atau dikenali juga dengan nama potato grilled/dry roasted itu cukup menggembirakan. Licin semua dimakan!
Memandangkan ramai yang berminat, Rosalisa berkongsi resipi lengkap agar semua boleh cuba di rumah dan bawa ke jamuan sekolah anak anda.
Bahan-bahan kentang bakar:
- Baby potato / kentang kecil (belah 2 atau 4)
- Olive oil atau butter cair
- Bawang putih (cincang kasar)
- Bawang Holland (dadu)
- Garam dan perasa secukupnya
- Lada hitam
- Mixed herbs / rosemary
Cara penyediaan kentang bakar:
- Bersihkan kentang (tidak perlu buang kulit) dan belah 2 atau 4.
- Rebus kentang seketika beberapa minit dengan sedikit garam (pilihan, tapi membuat kentang lembut di dalam dan masih firm di luar).
- Campurkan kentang dengan minyak/ butter, bawang putih, bawang Holland, garam, lada hitam, dan mixed herbs. Gaul sebati.
Membakar / grill:
- Susun kentang di dalam dulang.
- Bakar pada 200°C selama 25–30 minit.
- Balikkan kentang sekali-sekala supaya semua bahagian menjadi keemasan dan sedikit garing.
- Sesuaikan masa mengikut oven masing-masing dan sentiasa perhatikan agar kentang tidak hangus.
SOS BLACK PEPPER MUSHROOM
Bahan-bahan:
- 2 sudu butter
- Bawang putih cincang
- Cendawan hiris
- 1 sudu tepung gandum
- 1.5 cawan susu
- 1/2 cawan cooking cream (pilihan)
- Garam, stok ayam, lada hitam secukupnya
Cara penyediaan:
- Tumis bawang putih dengan butter.
- Masukkan tepung gandum dan gaul rata.
- Tuangkan susu, cream, dan cendawan, kemudian perasakan dengan garam, stok ayam, dan lada hitam.
- Masak sehingga pekat, berwarna cerah dan teksturnya licin. Sukatan boleh diubah mengikut kuantiti yang dikehendaki.

Gambar hiasan: Gemini AI
CARA ALTERNATIF TANPA KETUHAR (OVEN)
Jika tiada ketuhar atau malas menggunakannya:
- Gunakan kuali / pan.
- Masukkan kentang yang telah dimarinate ke dalam pan bersama sedikit butter.
- Gaul dan tutup pan. Tambah sedikit air sebagai wap supaya kentang masak tanpa direbus.
- Gaul selalu agar kentang masak sekata dan tidak hangus. Hati-hati semasa menggaul supaya kentang tidak hancur.
Baca juga: Kutu Beras Hilang Terus! Wanita Ini Kongsi Cara Simpan Beras Paling ‘Power’ Yang Anda Kena Cuba
Sumber: Facebook Rosalisa Othaman
FT Image: Rosalisa Othaman
