Selepas berakhirnya Ramadan dan hari raya, ramai dalam kalangan kita kembali bekerja dan bersekolah. Dalam masa yang sama, perbelanjaan juga perlu dikawal dengan lebih bijak bagi memastikan kewangan kekal stabil.
Seiring dengan itu, aplikasi ShopeePay tampil menawarkan pelbagai ganjaran menarik sepanjang bulan April.
Daripada diskaun sehingga 50%, ganjaran pulangan tunai, sehinggalah tawaran barangan asas serendah RM1, anda kini mempunyai lebih banyak cara untuk berjimat dalam urusan harian.
1. Jimat sehingga 50% setiap hari dengan DuitNow QR

Sepanjang bulan April, pengguna boleh menikmati diskaun sehingga 50% untuk pembelian di kedai fizikal apabila membuat pembayaran menggunakan DuitNow QR melalui aplikasi ShopeePay.
Untuk menikmati tawaran ini, anda hanya perlu memilih kaedah pembayaran SPayLater semasa membuat imbasan kod QR. Selain itu, pelan ansuran fleksibel sehingga 12 bulan turut disediakan bagi memudahkan pengguna mengurus kewangan.
Menariknya, pada hujung minggu, anda berpeluang menikmati diskaun tambahan sehingga RM30. Namun, baucar ini adalah terhad dan diperbaharui setiap hari, jadi pengguna disarankan untuk bertindak pantas.
2. Ganjaran cashback sehingga RM100 dalam bentuk Shopee coins

Selain diskaun, anda juga boleh menikmati ganjaran cashback dalam bentuk Shopee Coins. Setiap transaksi yang dibuat menggunakan DuitNow QR melalui ShopeePay memberikan peluang kepada pengguna untuk memperoleh sehingga 10,000 coins, bersamaan nilai RM100.
Shopee Coins ini boleh digunakan untuk mengurangkan jumlah pembayaran bagi pembelian seterusnya, termasuk transaksi di luar platform Shopee.
Ini memberikan fleksibiliti tambahan kepada pengguna untuk berjimat dalam pelbagai situasi.
3. Ganjaran sehingga RM100 untuk pengguna baharu

Bagi pengguna yang pertama kali mendaftar ShopeePay, ganjaran eksklusif turut disediakan dari 5 April 2026 hingga 30 April 2026.
Dengan menggunakan kod promosi SPAYRM10, pengguna baharu boleh menikmati ganjaran bernilai sehingga RM100, termasuk:
- Kredit e-dompet RM10 secara percuma
- Baucar RM5 untuk transaksi DuitNow QR
- Baucar RM5 untuk pembayaran dalam talian
- Diskaun bagi pembayaran bil, tambah nilai prabayar serta tempahan perjalanan
Tawaran ini memberi peluang kepada pengguna baharu untuk mula menggunakan aplikasi ShopeePay dengan lebih berbaloi.
Satu aplikasi untuk semua keperluan kewangan harian
Kini, ShopeePay bukan sekadar e-dompet biasa, tetapi satu solusi lengkap untuk transaksi harian. Dengan integrasi DuitNow QR, pengguna boleh membuat pembayaran di pelbagai premis fizikal di seluruh negara tanpa perlu membawa wang tunai.
Gabungan diskaun, ganjaran cashback, serta kemudahan ansuran menjadikan ShopeePay sebagai pilihan praktikal bagi mereka yang ingin mengurus perbelanjaan dengan lebih bijak dan efisien.
