Euforia Bola 2026
Kini Trending

Karnival Mega JPJ MADANI Bakal Berlangsung, Kolaborasi Istimewa Dengan Media Prima Berhad

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli (empat, kanan) ketika menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Pengurus Besar Unit Kerajaan MPB Omnia, Shanaz Md Azali (tiga, kanan) dan Pengurus Besar Acara dan Pengaktifan Media Prima Omnia, Eileen Lim (dua, kanan) pada Majlis Perhimpunan Setia Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Dewan Sentral RAC, Kementerian Pengangkutan Malaysia. – Foto NSTP/ Ahmad Ukasyah

Kalau anda cari aktiviti menarik hujung April nanti, ini mungkin sesuatu yang tak patut dilepaskan.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menganjurkan Karnival Mega JPJ MADANI 2026 bersempena sambutan ulang tahun ke-80 mereka, dengan kerjasama Media Prima Berhad.

Karnival ini akan berlangsung dari 24 hingga 26 April di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang, dan bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli, penganjuran ini bertujuan untuk membawa JPJ lebih dekat dengan rakyat.

Menariknya, pendekatan kali ini bukan sekadar tertumpu kepada penguatkuasaan, tetapi juga memberi penekanan kepada keprihatinan dan layanan kepada masyarakat.

“Semoga tindakan ini menjadi contoh kepada seluruh warga JPJ bahawa perkhidmatan yang berkesan bukan sahaja memerlukan ketegasan tetapi juga keprihatinan dalam menyantuni rakyat,”

“Ini kali pertama dalam sejarah kita adakan program karnival besar-besaran dengan kerjasama strategik Media Prima dan kehadiran rakan strategik ini mencerminkan komitmen bersama dalam menjayakan inisiatif yang memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

“Kita sentiasa menyokong usaha agensi-agensi swasta untuk bersama-sama dengan JPJ untuk kita hebahkan inisiatif keselamatan jalan raya kepada rakyat,” tambah beliau lagi.

Selain itu, kehadiran wakil Media Prima Omnia seperti Pengurus Besar Unit Kerajaan Media Prima Omnia, Shanaz Md Azali serta Pengurus Besar dan Pengaktifan Media Prima Omnia, Eileen Lim turut menunjukkan komitmen bersama dalam menjayakan program ini.

Dengan kerjasama Media Prima Berhad, karnival ini turut memanfaatkan platform Karnival Jom Heboh yang sememangnya dikenali ramai.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×