Euforia Bola 2026
Nur

Trend Jaga & Tahan Wuduk Sebab Pakai Makeup, Ini Hukum Sebenar Yang Ramai Salah Faham

hukum jaga wuduk

Bagi kebanyakan wanita, solekan atau makeup merupakan antara aspek penting dalam rutin harian wanita. Namun begitu, timbul satu perbincangan dalam kalangan wanita apabila terdapat trend menahan wuduk dari petang sampai malam. Persoalannya, apakah hukum jaga wuduk demi menjaga solekan atau makeup?

Baca juga: Sah Ke Ambil Wuduk Dengan Cedok Tangan Dalam Air Gayung? Mari Baca Penjelasan Mufti

HUKUM JAGA WUDUK SEBAB PAKAI MAKEUP

hukum jaga wuduk

Foto: Freepik

Hukum menjaga wuduk untuk mengelakkan makeup rosak atau tidak mahu bersolek semula ialah Harus. Jika wuduk terbatal, wajib mengambil wuduk semula dan memastikan makeup itu dibuang dahulu.

Hakikatnya, mengekalkan wuduk dalam tempoh yang panjang bukanlah sesuatu yang mudah. Aktiviti harian seperti bergerak aktif, bekerja, dan sebagainya boleh menyebabkan wuduk terbatal tanpa disedari.

Menurut pandangan fiqh, wuduk boleh terbatal melalui beberapa perkara seperti

  • keluar sesuatu dari qubul atau dubur, termasuk kentut, membuang air, keluar cecair dari faraj,
  • tidur dalam keadaan mengiring
  • bersentuhan kulit dengan bukan mahram.
  • hilang akal seperti pengsan, sakit atau gila
  • menyentuh kemaluan tanpa berlapik

Cubaan untuk menahan wuduk sepanjang hari demi menjaga solekan bukan sahaja sukar, malah boleh menyebabkan seseorang menahan keperluan semula jadi tubuh badan.

Salah Faham Dalam Hukum Jaga Wuduk

Terdapat salah faham dalam kalangan sesetengah wanita yang menganggap menjaga wuduk bermaksud memastikan ia tidak terbatal langsung.

Sedangkan, maksud sebenar menjaga wuduk ialah sentiasa memperbaharuinya setiap kali ia terbatal. Hal ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Tidaklah seseorang itu memelihara wuduk melainkan dia seorang mukmin.” (Riwayat Ahmad)

Hadis ini jelas menunjukkan bahawa menjaga wuduk bukanlah dengan cara menahannya, tetapi dengan memperbaharuinya secara konsisten apabila diperlukan.

Jaga Makeup Tanpa Abaikan Ibadah

hukum jaga wuduk

Foto: Gemini AI

Dalam hukum Islam, solekan atau makeup tergolong dalam aspek tahsiniyyat iaitu pelengkap kecantikan dalam kehidupan seharian, bukan keperluan asas dalam ibadah.

Sebaliknya, wuduk merupakan syarat sah solat. Ini bermakna, setiap kali berlaku hadas, seseorang wajib mengambil wuduk semula sebelum menunaikan solat.

Meletakkan makeup atau solekan sebagai alasan untuk mengelakkan pembaharuan wuduk menunjukkan keutamaan yang kurang tepat. Walaupun berhias itu tidak dilarang, ia tidak boleh melebihi tuntutan beribadah.

Bagi wanita yang ingin mengekalkan bersolek dan pada masa sama menjaga ibadah, boleh buat cara ini:

  • Mengambil wuduk sebelum bersolek
  • Memilih makeup yang ringan dan mudah dibersihkan (wuduk-friendly)
  • Bersedia memperbaharui wuduk apabila terbatal
  • Melihat wuduk sebagai proses menyegarkan diri, bukan sebagai satu beban

Cara ini membantu memastikan kedua-dua aspek, iaitu penampilan dan ibadah, dapat berjalan seiring tanpa menjejaskan salah satu daripadanya.

Mengekalkan wuduk sepanjang hari demi menjaga makeup bukanlah tujuan sebenar wuduk dalam Islam. Malah, perbuatan menahan keperluan semula jadi demi tujuan tersebut adalah tidak digalakkan.

Wanita dibenarkan berhias dan tampil cantik, namun keutamaan tetap perlu diberikan kepada kesucian diri dan kesempurnaan ibadah.

Wuduk yang sentiasa diperbaharui itu yang memberikan ketenangan dan seri sebenar, bukan sahaja di mata manusia, tetapi juga di sisi Allah SWT.

Baca juga: Sah Atau Tidak Berwuduk Guna Tisu Basah (Wet Wipes)? Ini Jawapannya…

Sumber: Muslimah 

FT Images: Freepik dan Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×