Euforia Bola 2026
Nur

Puasa Hari Putih Syawal, Ganjaran Seumpama Setahun! Ini Niat, Cara Amalkannya & Doa Penting

niat puasa hari putih

Setiap kali masuk hari ke-13, 14 dan 15 bulan Hijrah, pasti ramai yang mencari niat puasa hari putih kerana ingin menambah pahala dengan amalan sunat.

Amalan ini bukan sahaja mudah dilaksanakan, malah ganjarannya sangat besar sehingga disamakan seperti berpuasa sepanjang tahun. Dalam masa yang sama, ramai juga tertanya-tanya sama ada puasa ini boleh digabungkan dengan puasa qada Ramadan, puasa enam Syawal serta puasa sunat lain seperti hari Khamis.

Baca juga: Tular Warganet ‘Asyik’ & Obses Dengan Ramalan Akhir Zaman Di Media Sosial, Ini Penjelasan Tegas Mufti

NIAT PUASA HARI PUTIH & TARIKH PENTING BERMULA HARI INI

NIAT PUASA HARI PUTIH

Puasa Hari Putih merupakan amalan sunat yang dilakukan selama tiga hari setiap bulan Hijrah, iaitu pada malam-malam bulan purnama yang terang.

Rasulullah SAW bersabda: “Rasulullah SAW memerintahkan kami agar berpuasa pada hari putih iaitu 13, 14 dan 15, dan Baginda bersabda: ia seperti berpuasa sepanjang tahun.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Hadis ini menunjukkan betapa besarnya ganjaran bagi mereka yang mengamalkan puasa tersebut secara konsisten.

Niat puasa hari putih (Ayyamul bidh)

نَوَيْتُ صَوْمَ اَيَّامَ الْبَيْضِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: “Sahaja aku puasa sunat hari putih kerana Allah Taala.”

Niat puasa Isnin Khamis

نَوَيْتُ صَوْمَ يَوْمَ الْإِثْنَيْنِ / الْخَمِيسِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: “Sahaja aku puasa sunat hari Isnin / Khamis kerana Allah Taala.”

Niat puasa enam sahaja

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ شَوَّالْ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa sunat Syawal pada esok hari, kerana Allah Taala.”

Niat puasa qada (Ganti) dan puasa enam syawal

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ قَضَاءٍ فَرْضَ رَمَضَانً وَصَوْمَ شَوَّالْ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa ganti Ramadan yang wajib ke atas diriku beserta puasa sunat Syawal pada esok hari, kerana Allah Taala.”

InsyaAllah, kita cuba niat untuk beramal. Berikut tarikh puasa hari putih bersamaan dengan tarikh puasa sunat lainnya.

Khamis – 13 Syawal, 2 April 2026- Puasa Sunat Hari Putih, Puasa Sunat 6 Syawal & Puasa Sunat Hari Khamis.

Jumaat- 14 Syawal, 3 April 2026- Puasa Sunat Hari Putih, Puasa Sunat 6 Syawal

Sabtu – 15 Syawal, 4 April 2026- Puasa Sunat Hari Putih, Puasa Sunat 6 Syawal

InsyaAllah, kita cuba berniat & melaksanakan puasa hari putih pada bulan ini bermula 2-4 April 2026 bersamaan 13-15 Syawal 1447H.

NIAT PUASA HARI PUTIH

Boleh gabung niat puasa ke?

Isu menggabungkan niat puasa sering menjadi persoalan dalam kalangan masyarakat. Dalam Mazhab Syafie, terdapat perbezaan pandangan dalam kalangan ulama:

Sebahagian ulama berpandangan bahawa seseorang hanya akan memperoleh satu ganjaran utama jika menggabungkan niat, dan ganjaran penuh hanya diperoleh apabila dilakukan secara berasingan.

Namun, terdapat juga pandangan lain yang menyatakan bahawa gabungan niat adalah sah dan seseorang boleh memperoleh pahala bagi kedua-duanya sekali, seperti yang dihuraikan oleh Imam as-Suyuti dan Ibn Hajar al-Haitami.

Menurut pandangan yang dirumuskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, menggabungkan niat puasa qada dan sunat adalah dibolehkan serta tetap mendapat ganjaran kedua-duanya dengan syarat niat dilakukan sebelum waktu Subuh.

Walau bagaimanapun, cara yang lebih afdal adalah melaksanakan setiap puasa secara berasingan bagi keluar daripada khilaf dan memperoleh ganjaran yang lebih sempurna.

Ganjaran berpuasa pada tarikh-tarikh berkenaan

Puasa Hari Putih merupakan peluang besar untuk menambah amalan dengan ganjaran yang sangat tinggi. Lebih-lebih lagi apabila ia boleh dilaksanakan serentak dengan puasa enam Syawal dan hari Khamis.

Walaupun terdapat kelonggaran untuk menggabungkan niat, umat Islam digalakkan untuk melaksanakannya dengan penuh kesedaran dan keikhlasan. Yang paling penting adalah istiqamah dalam beramal serta mengambil peluang menggandakan pahala sepanjang bulan Syawal ini.

Baca juga: Ramai Tak Tahu…Buang Sampul Duit Raya ‘Design’ INI Boleh Jatuh Berdosa, Jangan Buat Sesuka Hati!

Sumber: Facebook Ustazah Asma Harun

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×