Euforia Bola 2026
Dapur

Kutu Beras Hilang Terus! Wanita Ini Kongsi Cara Simpan Beras Paling ‘Power’ Yang Anda Kena Cuba

cara simpan beras

Masalah kutu beras memang sering membuatkan ramai ibu bapa sakit hati, terutama apabila stok beras baru dibeli tiba-tiba dipenuhi serangga kecil. Perkongsian tentang cara simpan beras oleh seorang wanita ini menarik perhatian ramai.

Hal ini kerana kaedahnya ringkas, mudah dibuat di rumah dan dikatakan berkesan menghapuskan kutu beras tanpa perlu menggunakan bahan tambahan lain.

Baca juga: Wanita Dedah Rahsia Masak Kuetiau Goreng Berkilat Cantik & Tak Kembang, JANGAN Guna 2 Bahan Ini

CARA SIMPAN BERAS PALING BERKESAN DI ANTARA SEMUA PETUA

cara simpan beras

Gambar: Anis Hafiza

Bekukan beras 24 jam, kutu terus mati

Menerusi hantaran di Facebook, Anis Hafiza berkongsi pengalaman sendiri selepas berdepan masalah kutu beras yang berulang kali berlaku walaupun sudah mencuba pelbagai petua tradisional sebelum ini.

Menurut Anis, dia menemui kaedah tersebut selepas beberapa kali mencuba pelbagai cara, namun hasilnya tidak memuaskan.

Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk menggunakan kaedah membekukan beras dalam peti sejuk beku selama sehari.

“Saya matikan kutu beras dengan meletakkan beras dalam peti sejuk beku. Selepas 24 jam bekukan maka matilah kutu-kutu itu dan terdampar jatuh bawah bekas plastik,” tulis Anis di Facebook.

Dia menambah, selepas hampir sebulan mengamalkan cara ini, tiada lagi rasa sakit hati dengan kutu beras. Malah beras yang telah dibekukan boleh dikeluarkan terus dan tidak basah, sesuai untuk kegunaan harian.

Tambahnya lagi, kaedah tersebut boleh digunakan untuk pelbagai jenis beras dan tidak menyebabkan beras menjadi rosak atau basah selepas dikeluarkan dari peti sejuk beku.

“Sembang la beras apa pun Basmathi ke beras Thai ke. Ada juga kutu timbul. Letak lah cili kering ke lada hitam ke bawang putih ke tak jadi apa. Order la barang anti kutu beras pun tak jadi apa,” tulisnya lagi.

Baca juga: Biskut Arab Peniaga Ini ‘Bestseller’ Setiap Tahun, Ini Resipinya Hanya Guna 4 Bahan & Tak Perlu Mixer!

cara simpan beras

Gambar: Anis Hafiza

Komen warga maya yang turut setuju

Petua Anis mendapat sambutan hangat di kalangan pengguna Facebook. Salah seorang warga maya, El Mikaela, berkata,

“Saya setuju, segala mak nenek petua letak bawang bagai tak jadi (kutu jenis degil agaknya). Letak dalam freezer settle, tak ada dah nak bergaduh dengan kutu beras.”

Sementara itu, Nadia berkongsi pengalamanya,

“Sama. Kalau untuk makan harian, pack siap-siap sekali masak, susun dalam peti sejuk biasa sahaja (untuk jimat ruang). Dah buat experiment, setahun masih okey lagi.”

Cara simpan beras ini bukan sahaja mudah, tetapi juga sesuai untuk semua jenis beras dan bagi mereka yang ingin memastikan stok rumah bebas dari kutu.

Hanya dengan satu langkah mudah, stok beras boleh kekal segar dan bersih untuk tempoh lebih lama, sambil menjimatkan kos membeli beras baru kerap kali.

Baca juga: Wanita Kongsi Resipi Kuih Talam Kelapa Sawit Tanpa Telur, Buat Ramai Imbau Kenangan Nenek & Ibu

Sumber: Facebook Anis Hafiza

FT Image: Anis Hafiza

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×