
Selain kos pembelian, penyelenggaraan juga merupakan faktor penting dalam memastikan prestasi penghawa dingin sentiasa berada pada tahap optimum.
Dengan LG Subscribe™, penyelenggaraan sehingga 5 tahun turut disediakan sepanjang tempoh langganan. Ini memberi ketenangan kepada pengguna kerana tidak perlu risau tentang kos servis berkala atau penyelenggaraan yang tidak dijangka.
Penjimatan bulanan & ganjaran tambahan
Bukan sahaja menawarkan fleksibiliti bayaran, pengguna juga boleh menikmati pelan pada harga serendah RM75 sebulan sepanjang tempoh kontrak termasuk penjimatan RM5 setiap bulan.
Selain itu, langganan tiga unit dan ke atas turut disertakan dengan satu unit LG 360° HIT Air Purifier bernilai RM1,900 (pilihan warna putih), memberikan nilai tambahan untuk kediaman yang memerlukan lebih banyak unit.
Pilih ikut keperluan anda: Fleksibel atau miliki terus

Dalam menghadapi cuaca panas yang semakin mencabar, setiap pengguna mempunyai keutamaan yang berbeza dan LG menyediakan pilihan yang sesuai untuk kedua-duanya.
Untuk anda yang mahukan fleksibiliti & tanpa beban kos awal, pelan LG Subscribe™ menawarkan kemudahan penggunaan dengan bayaran bulanan serendah RM75, termasuk pemasangan serta servis penyelenggaraan sehingga 5 tahun.
Ini bermakna anda tidak perlu risau tentang kos tambahan sepanjang penggunaan.
Lebih menarik, pelanggan juga berpeluang menikmati ganjaran tambahan seperti LG 360° HIT Air Purifier, menjadikan pelan ini lebih bernilai dari segi keseluruhan.
Untuk anda yang ingin terus memiliki dari awal, pilihan pembelian outright pula hadir dengan kelebihan tersendiri. Sepanjang tempoh kempen, anda boleh trade-in penghawa dingin lama termasuk jenama bukan LG, sekaligus mengurangkan kos pembelian unit baharu.
Selain itu, terdapat juga rebat Touch ‘n Go yang ditawarkan, memberikan penjimatan tambahan yang lebih praktikal untuk pembelian secara terus.
Tidak kira sama ada anda memilih pelan langganan atau pembelian outright, kedua-duanya direka untuk membantu anda mendapatkan keselesaan di rumah dengan cara yang lebih bijak dan berbaloi.
Apa tunggu lagi? Dapatkan segera kerana promosi ini berlangsung dari 1 Mei sehingga 30 Jun 2026 sahaja tau!
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini serta pilihan yang ditawarkan, anda boleh layari laman rasmi mereka di SINI atau kunjungi pengedar sah LG Electronics berhampiran untuk mendapatkan penerangan lanjut.
Secara keseluruhannya, LG Subscribe™ menawarkan satu alternatif pemilikan yang lebih fleksibel dan praktikal dalam menghadapi keadaan cuaca yang semakin panas.