Euforia Bola 2026
Asuh

Lukisan Remaja 13 Tahun Ini Buat Ramai Meremang, Dakwa Pernah Nampak Semua ‘Entiti’ Misteri Itu

lukisan kartun

Perkongsian seorang pengguna media sosial baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila dia meluahkan rasa terkejut melihat hasil lukisan kartun anak saudaranya yang berusia 13 tahun.

Menerusi hantaran tersebut, individu berkenaan memaklumkan bahawa remaja itu melukis beberapa figura yang kelihatan menyeramkan dan luar biasa. Lebih membimbangkan, kanak-kanak itu mendakwa bahawa semua yang dilukis bukan sekadar imaginasi, sebaliknya pernah dilihat sendiri.

Baca juga: Baru Usia 6 Tahun, Anak Eyra Hazali Lancar Baca Surah Ad-Dhuha…Ramai ‘Cop’ Hayder Jadi Menantu!

LUKISAN KARTUN MISTERI ANAK SAUDARA USIA 13 TAHUN

LUKISAN KARTUN

“Terkejut tengok lukisan anak saudara saya yang umur 13 tahun. Katanya dia pernah nampak semua ini. Gambar terakhir dia nampak semalam. Ini kelebihan atau kekurangan sebenarnya,” tulisnya dalam perkongsian tersebut.

Lukisan yang dikongsi memperlihatkan beberapa bentuk figura manusia dengan ekspresi dan rupa yang tidak jelas, dilukis secara berulang dan berlapis menggunakan garisan kasar, sekali gus menimbulkan rasa tidak selesa kepada yang melihat.

Perkongsian itu kemudiannya mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-rata meluahkan kebimbangan terhadap keadaan remaja tersebut.

Ada yang berpendapat bahawa lukisan sebegitu mungkin berpunca daripada gangguan emosi atau mental yang sedang dialami.

“Saya rasa lukisan itu wujud sebab ada sesuatu yang mengganggu minda dia. Mungkin dia tak dapat bezakan apa yang dilihat itu realiti atau tidak. Lebih baik bawa jumpa pakar,” komen pengguna media sosial.

LUKISAN KARTUN

Selain itu, terdapat juga yang mengaitkan situasi tersebut dengan kemungkinan masalah kesihatan mental seperti halusinasi.

“Ini mungkin satu penyakit. Boleh jadi skizofrenia atau halusinasi. Dapatkan rawatan segera jika ada simptom seperti ini,” tulis seorang lagi warganet.

Dalam situasi seperti ini, sebarang perubahan tingkah laku, emosi atau persepsi dalam kalangan kanak-kanak dan remaja tidak seharusnya dipandang ringan.

Sekiranya simptom ini berterusan, ibu bapa atau penjaga disarankan untuk mendapatkan penilaian daripada pakar kesihatan mental seperti pakar psikiatri atau psikologi klinikal.

Baca juga: Ini 5 Idea Lengkap ‘Prompt’ AI Wajib Cuba Untuk Gambar Raya Lebih Cantik, Macam Photoshoot Profesional!

Sumber: Threads ysriysmm

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×