Menanam sayur sendiri di rumah kini menjadi trend yang disokong kerajaan, terutamanya bagi mereka yang ingin menjimatkan perbelanjaan dan memastikan sumber makanan lebih selamat. Sayur kangkung antara tanaman yang mudah ditanam dan cepat mengeluarkan hasil.
Seorang pengguna TikTok, Faizan Dasuki, berkongsi kaedah menanam kangkung yang mudah diikuti dan sesuai untuk kawasan terhad, termasuk penghuni apartmen. Kaedah ini kini meraih lebih 8.6 juta tontonan kerana hasil tuaian yang dikatakan ‘meriah’ dan cepat.
Baca juga: Jangan Buang! Ini 10 Tumbuhan Liar Disangka Rumpai Tapi Sebenarnya ‘Stok Ubat’ Hidup Kita
LANGKAH-LANGKAH TANAM SAYUR KANGKUNG YANG SESUAI UNTUK PENGHUNI PANGSAPURI

Gambar: TikTok Faizan Dasuki.
Berikut merupakan langkah-langkah menanam sayur kangkung yang dikongsikan:
1. Sediakan raga atau bakul berlubang
Gunakan raga atau bakul pakaian yang mempunyai lubang kecil agar pengaliran air baik dan mengelakkan takungan berlebihan.
2. Gunakan tanah jenis peat moss
Medium ini ringan, mampu menyimpan kelembapan dan sesuai untuk pertumbuhan kangkung.
3. Masukkan tanah ke dalam bakul
Tuangkan tanah sehingga mencapai kira-kira sejengkal sebagai lapisan asas.
4. Tanam keratan batang sayur kangkung
Cucuk keratan batang di tepi bakul, pastikan bahagian akar berada dalam tanah.
Baca juga: Seakan Ulam Raja, Rupanya Rumpai Berbahaya! Terus ‘Report’ Jabatan Pertanian Kalau Ternampak

Gambar: TikTok Faizan Dasuki.
5. Lubang di tengah
Buat satu lubang di bahagian tengah dan letakkan cawan plastik yang ditebuk lubang kecil untuk memudahkan siraman.
6. Tutup akar dengan tanah dan ulang langkah
Tambahkan tanah untuk menutupi akar, kemudian ulang proses menanam keratan batang sehingga bakul penuh.
7. Letakkan baja dalam cawan
Masukkan sedikit baja ke dalam cawan plastik dan siram perlahan agar nutrien diserap secara berperingkat.
8. Siram keseluruhan permukaan tanah
Akhiri dengan siraman ringan bagi memastikan kelembapan mencukupi.
Dengan kaedah ini, kangkung boleh dituai dalam tempoh dua hingga tiga minggu sahaja. Selepas itu, untuk menyediakan hidangan kegemaran, anda hanya perlu memetik dari ‘kebun dapur’ sendiri.
Selamat mencuba!
@faizandasuki Teknik Mudah Tanam Sendiri Sayur Kangkung | #teknik #tipsandtricks #boskatering ♬ original sound – Faizan Dasuki | Bos Katering
Baca juga: Atok Dedah Cara Bezakan Benih Jantan & Betina, Rupanya Inilah Rahsia Pokok Betik Berbuah Lebat!
Sumber: TikTok @faizandasuki
FT Image: TikTok @faizandasuki / Gemini AI
