Teka-teki hubungan antara Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan pelakon Bella Astillah akhirnya terjawab apabila pasangan ini selamat mengikat tali pertunangan pada petang Sabtu 28 Mac 2026. Apa yang paling mencuri tumpuan sudah tentu hantaran tunang daripada pihak lelaki, lima dulang berbalas tujuh daripada pihak perempuan — tetapi dengan sentuhan yang cukup luar biasa dan penuh makna.
Baca juga: Biodata Syed Saddiq: Pendebat Terbaik Asia & Ahli Politik Muda Berkaliber!
HANTARAN TUNANG SYED SADDIQ KEPADA BELLA ASTILLAH ‘RARE’, UNDANG PERHATIAN

Majlis yang berlangsung dalam suasana sederhana itu difahamkan hanya dihadiri ahli keluarga serta rakan terdekat kedua-dua belah pihak, namun tetap meraih perhatian ramai di media sosial.
Kalau kebiasaannya hantaran pertunangan dipenuhi barangan mewah atau simbolik semata-mata, lain pula pendekatan Syed Saddiq.
Beliau memilih untuk memberikan sesuatu yang lebih ‘rare’ dan bermakna iaitu simpanan kewangan sebagai jaminan masa depan buat bakal isterinya serta dua anak Bella, Mohamad Ayden Adrean, 9, dan Ara Adreanna, 6.
Antara hantaran yang diberikan termasuk:
- Simpanan ASNB
- Simpanan Tabung Haji untuk Bella
- Simpanan SSPN khas untuk Ayden dan Ara
- Cincin sebagai simbol ikatan pertunangan
Pendek kata, bukan sekadar hadiah, tetapi satu bentuk perancangan jangka panjang yang menunjukkan keseriusan dalam membina kehidupan bersama.
Netizen ‘Blushing’, Puji Sikap Fokus Masa Hadapan

Di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa terharu dan kagum dengan idea hantaran yang dianggap sangat ‘out of the box’ ini. Ada yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai bukti Syed Saddiq bukan sahaja menerima Bella, malah turut mengambil berat tentang masa depan anak-anaknya.
“This man really said ‘future first’. Hantaran siap ada Simpan SSPN untuk anak-anak. Sweet sangat!”
“Bukan semua lelaki fikir sampai macam ni… memang nampak dia serius nak bina keluarga.”
“Sebak tengok… benda simple tapi sangat bermakna.”
Rata-rata bersetuju, hantaran ini bukan sahaja unik, malah mencerminkan sikap matang dan bertanggungjawab dan ini merupakan sesuatu yang jarang dilihat dalam majlis pertunangan kebiasaannya.
Jelas, kisah pertunangan ini bukan sekadar tentang cinta, tetapi juga tentang komitmen dan perancangan masa depan. Tahniah kami ucapkan dan semoga urusan pernikahan dipermudahkan.
Sumber: Threads, IG @amofficialmy
