Bulan Ramadan merupakan salah satu masa terbaik untuk berkongsi rezeki dan mengeratkan silaturahim dalam komuniti.
Sempena bulan penuh keberkatan ni, Grab Malaysia telah mengambil kesempatan menjalankan beberapa inisiatif di bawah kempen #GrabBersamaMalaysia, di mana kakitangan Grab, rakan pemandu & penghantar, peniaga, serta komuniti tempatan bergabung tenaga menjalankan aktiviti kemasyarakatan.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk memulihkan ruang komuniti, berkongsi juadah berbuka, sehinggalah meraikan keluarga rakan-rakan pemandu. Semua aktiviti ni dijalankan di pelbagai lokasi seluruh negara untuk semarakkan semangat kebersamaan sepanjang Ramadan.
Gotong-royong pulihkan Surau Nur Ramadhan

Salah satu projek utama ialah membaiki Surau Nur Ramadhan di Kampung Paya Seberang, Hulu Langat. Surau ini sudah uzur, tetapi dengan semangat gotong-royong, kakitangan Grab, rakan pemandu & penghantar, serta penduduk kampung berganding bahu mengecat dan membaiki ruang surau tersebut.
Projek dijalankan dengan kerjasama GXBank, Jaya Grocer, dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) agar surau ni selesa digunakan oleh komuniti setempat sepanjang Ramadan dan seterusnya.
Menurut Rashid Shukor, Pengarah Operasi Negara & Mobiliti Grab Malaysia, inisiatif ni tunjuk semangat #GrabBersamaMalaysia.
“Surau berkenaan menjadi tempat masyarakat berkumpul sepanjang Ramadan dan juga sepanjang tahun.”
“Justeru, melihat rakan pemandu, penghantar, kakitangan syarikat serta penduduk kampung bekerjasama memulihkannya ketika berpuasa menggambarkan kekuatan komuniti yang saling menyokong antara satu sama lain,” katanya.
Bila komuniti berganding bahu, semuanya jadi lebih mudah dan bermakna.
Hampir 10,000 Bubur Lambuk diagihkan

Selain projek surau, Grab tidak melupakan tradisi berbuka puasa. Bersama rakan pemandu & penghantar, hampir 10,000 paket bubur lambuk disediakan dan diagihkan di 16 lokasi seluruh negara, dari Kota Bharu sampai Sandakan.
Tujuannya adalah untuk memastikan tradisi berkongsi juadah panas ketika berbuka terus hidup dalam komuniti tempatan.
Iftar khas meraikan rakan pemandu & keluarga

Disamping itu, Grab turut menganjurkan majlis iftar khas di Lembah Klang untuk rakan pemandu & penghantar bersama keluarga. Dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor, kanak-kanak yang hadir dapat duit raya, sementara keluarga yang hadir menerima barangan keperluan harian daripada Jaya Grocer.
View this post on Instagram
Majlis ni adalah tanda penghargaan kepada keluarga yang sentiasa menyokong rakan pemandu & penghantar yang menggerakkan ekonomi digital setiap hari.
Filem Ramadan: “Sabar’s on the Way”
Semangat Ramadan ni turut dipaparkan dalam filem jenama Grab Malaysia, “Sabar’s on the Way”. Filem muzik komedi ni diinspirasikan daripada kisah tular seorang rakan penghantar Grab bernama Sabar. Penggunaan lagu klasik “Tunggu Sekejap” yang dipopularkan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee membuatkan filem ini lebih hidup dan dekat di hati masyarakat.
Mesej yang ingin disampaikan pula, straight forward… iaitu cabaran rakan penghantar ketika menghantar pesanan pelanggan, di mana sedikit kesabaran dan kebaikan boleh beri impak besar.
Kalau korang nak tengok kisah penuh “Sabar’s on the Way”, filem ni boleh ditonton di YouTube, Instagram dan Tiktok rasmi Grab Malaysia. rasmi Grab Malaysia.
Apa yang pasti, inisiatif #GrabBersamaMalaysia dapat mengeratkan hubungan di antara Grab Malaysia dan komuniti masyarakat, sambil menyokong rakan pemandu, penghantar dan keluarga sepanjang Ramadan.
Untuk info lanjut tentang inisiatif #GrabBersamaMalaysia, follow je media sosial rasmi Grab Malaysia.
