Euforia Bola 2026
Famili

JAIS Umum Ketetapan Waktu Solat Sunat Aidilfitri 2026, Berbeza Jika Raya Hari Jumaat Atau Sabtu

WAKTU SOLAT SUNAT AIDILFITRI

Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan terdapat dua waktu solat sunat Aidilfitri di seluruh masjid, surau dan musolla di negeri Selangor akan dilaksanakan mengikut ketetapan berbeza, bergantung kepada tarikh rasmi sambutan Hari Raya pada tahun ini.

Baca juga: Cara Edit Gambar Raya Guna Canva Di Telefon, Ala-Ala ‘Berposing’ Di Studio Tapi Versi Bajet!

WAKTU SOLAT SUNAT AIDILFITRI SELANGOR JIKA RAYA JUMAAT ATAU SABTU

WAKTU SOLAT SUNAT AIDILFITRI

Ketetapan tersebut dibuat berikutan proses cerapan anak bulan Syawal yang dijangka berlangsung pada petang Khamis.

Menurut Pengarah JAIS, Mohd. Shahzihan Ahmad, sekiranya Aidilfitri disambut pada hari Jumaat, solat sunat Aidilfitri akan diadakan pada jam 8.00 pagi.

Sebaliknya, jika sambutan Aidilfitri jatuh pada hari Sabtu, waktu pelaksanaan solat ditetapkan pada jam 8.30 pagi.

WAKTU SOLAT SUNAT AIDILFITRI

“Pentadbir masjid, surau dan musolla dimohon membuat persediaan sewajarnya serta menghebahkan ketetapan ini kepada ahli kariah masing-masing bagi memastikan kehadiran jemaah pada waktu yang ditetapkan,” katanya menerusi satu surat rasmi JAIS

Sehubungan itu, pihak pentadbiran masjid, surau dan musolla diminta membuat persiapan rapi serta memaklumkan perkara ini kepada ahli kariah masing-masing bagi memastikan kelancaran dan kehadiran jemaah pada waktu yang telah ditetapkan.

Dalam masa yang sama, semua pihak turut diingatkan agar sentiasa mematuhi garis panduan berkaitan penggunaan pembesar suara seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Selangor sebelum ini.

Baca juga: Petua Elak Nasi Impit/Ketupat Nasi Cepat Basi, Rupanya Kena Basuh Ikut Teknik Ringkas INI!

Sumber: Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×