Bagi peminat hidangan kuetiau goreng, resipi hidangan ini yang sedap biasanya terletak pada teknik menggoreng supaya teksturnya tidak kembang dan warnanya nampak cantik berkilat.
Perkongsian seorang pengguna Facebook, Lizzy Lee, menarik perhatian ramai apabila dia berkongsi cara memasak kuetiau goreng ala stail Chinese yang ringkas tetapi menjadi.
KUETIAU GORENG STAIL CHINESE

Gambar: Lizzy Lee
Menurutnya, rahsia utama terletak hidangan kuetiau ini pada teknik memasak dan penggunaan bahan yang sederhana tanpa perlu menggunakan bawang merah atau cili kisar.
Cara ini juga sesuai bagi mereka yang mahu menyediakan hidangan cepat tetapi tetap menyelerakan.
Bahan-bahan:
Resipi ini menggunakan 1 paket kuetiau (500g). Antara bahan yang diperlukan ialah:
- 1 paket kuetiau (500g), dibasuh terlebih dahulu
- Udang secukupnya
- Sotong secukupnya
- Isi ayam dipotong kecil
- Fish cake secukupnya
- Fish ball secukupnya
- 3–4 ulas bawang putih
- 5–6 biji cili padi atau lada besar (ikut tahap pedas)
- 2–3 biji telur
- Sedikit sos tiram
- Kicap manis secukupnya
- Sedikit air limau nipis atau cuka makan
- Garam secukupnya
- Gula secukupnya
- Perasa (jika suka)
- Tauge secukupnya
- Daun kucai secukupnya
Baca juga: ‘Trick’ Mee Goreng Basah Kekal Lembap, Tak Kembang & Berkuah Likat Sampai Esok!

Gambar hiasan: Gemini AI
Cara penyediaan:
Ikuti langkah mudah di bawah untuk mendapatkan kuetiau goreng yang tidak kembang dan berkilat:
- Goreng udang, sotong, ayam, fish cake dan fish ball sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan terlebih dahulu.
- Tumbuk bawang putih bersama cili padi atau lada besar sehingga sedikit hancur.
- Tumis bahan tumbuk tadi, kemudian pecahkan 2 hingga 3 biji telur dan kacau sehingga telur masak.
- Masukkan kuetiau yang sudah dibasuh. Gaul sehingga sebati bersama telur dan bahan tumis.
- Perahkan sedikit air limau atau tambahkan cuka makan. Kemudian masukkan sos tiram, kicap manis serta perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa.
- Tambahkan semula udang, sotong, ayam serta bahan lain yang telah digoreng separuh masak tadi. Gaul dan goreng sehingga semuanya sebati.
- Akhir sekali masukkan sayur tauge dan daun kucai, kemudian gaul seketika sebelum diangkat.
Hasilnya, kuetiau goreng akan kelihatan lebih berkilat, tidak kembang dan rasanya cukup seimbang.
Sumber: Facebook Lizzy Lee
FT Image: Lizzy Lee / Gemini AI
