Musim perayaan seringkali menjadi waktu paling sibuk untuk perjalanan jauh, dan ada kemungkinan ramai yang nak balik raya tanpa memikirkan persiapan kesihatan mereka.
Perjalanan panjang, jem yang teruk, cuaca panas, waktu makan tak menentu dan tidur yang terganggu boleh menyebabkan badan mula meragam di tengah jalan.
SENARAI KIT UBAT NAK BALIK RAYA

Gambar hiasan: Gemini AI
Menerusi perkongsian Facebook Public Health Malaysia (PHM) pada Ahad lalu, mereka menekankan kepentingan mempunyai ‘Kit Ubat Gerak Raya’ sebelum memulakan perjalanan.
Dengan persediaan yang lengkap, perjalanan balik kampung bukan sahaja lebih selesa, malah risiko menghadapi masalah kesihatan dapat dikurangkan.
Baca juga: KKM Tegaskan Terapi ‘Tidur 6 Saat’ Tidak Disokong Sains & Boleh Bawa Maut, Jangan Cuba-Cuba!
8 set ubat penting untuk perjalanan raya
PHM menyenaraikan sekurang-kurangnya lapan jenis ubat yang wajib ada dalam kit bagi memastikan perjalanan jauh lebih selamat:
- Ubat rutin sendiri
- Ubat demam dan sakit
- Ubat alahan
- Ubat mabuk perjalanan
- Oral rehydration salts (untuk elak dehidrasi)
- Ubat cirit-birit
- Ubat gastrik
- Ubat selsema atau lozenges

Walaupun kelihatan kecil, ubat-ubat ini sering dicari ketika situasi kecemasan. Pastikan ubat disimpan dalam pouch khas, semak tarikh luput dan jangan campur aduk supaya mudah dicapai apabila diperlukan.
Dengan kit ubat yang lengkap, anda boleh menikmati perjalanan balik kampung dengan lebih tenang tanpa panik ketika menghadapi masalah kesihatan secara tiba-tiba. Ingat, persiapan kecil seperti ini boleh menyelamatkan perjalanan panjang anda dari stres dan gangguan kesihatan.
Baca juga: Ramai Ingat ‘Okay’, Doktor Nasihat Henti Guna Penutup Berus Gigi & Kongsi Langkah Selamat Nak Simpan
Sumber: Public Health Malaysia
FT Image: Gemini AI
