Euforia Bola 2026
Dapur

Biskut Arab Peniaga Ini ‘Bestseller’ Setiap Tahun, Ini Resipinya Hanya Guna 4 Bahan & Tak Perlu Mixer!

biskut arab

Menjelang Aidilfitri, biskut arab antara kuih raya yang sering menjadi pilihan ramai kerana rasanya yang lembut dan manis berlemak. Menariknya, ada juga resipi yang sangat ringkas dan hanya menggunakan beberapa bahan sahaja.

Menerusi perkongsian pengguna Threads @chesuselayangpandan, dia berkongsi resipi biskut arab olahannya sendiri yang sering dibuat untuk jualan setiap kali musim perayaan.

Baca juga: Wanita Kongsi Resipi Kuih Talam Kelapa Sawit Tanpa Telur, Buat Ramai Imbau Kenangan Nenek & Ibu

BISKUT ARAB 4 BAHAN & TANPA MIXER

biskut arab

Gambar: Threads @chesuselayangpandan

Menurutnya, resipi ini sangat mudah kerana hanya menggunakan empat bahan utama dan tidak memerlukan mixer untuk menyediakannya.

Katanya lagi, biskut arab ini juga merupakan antara biskut “bestseller” setiap tahun dalam jualannya. Disebabkan cara penyediaannya yang mudah, resipi ini sesuai dicuba oleh sesiapa sahaja sama ada untuk hidangan keluarga atau dijadikan idea berniaga menjelang raya.

Menurut perkongsian tersebut, bahan yang digunakan sangat ringkas dan mudah didapati di kedai bahan bakeri.

Bahan-bahan:

  • 500g tepung superfine
  • 220g tepung self-rising
  • 280g gula icing
  • 350g ghee

Baca juga: Wanita Kongsi Resipi Siro Labu Tradisional, Kena Rendam Air Kapur Barulah Isi ‘Dessert’ Cantik Berkilat!

biskut arab

Gambar: Threads @chesuselayangpandan

Cara-cara penyediaan:

Cara penyediaan biskut ini juga tidak rumit kerana hanya perlu menggaulkan bahan sehingga menjadi doh sebelum dibentuk.

  1. Ayak semua bahan kering terlebih dahulu iaitu tepung superfine, tepung self-rising dan gula icing.
  2. Masukkan ghee ke dalam campuran bahan kering.
  3. Gaul sehingga menjadi doh yang sebati.
  4. Bentukkan doh mengikut saiz yang diingini.
  5. Susun di atas dulang pembakar.
  6. Bakar dalam oven pada suhu 140°C selama kira-kira 30 minit atau bergantung kepada jenis oven masing-masing.

Selepas masak, biarkan biskut sejuk terlebih dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara supaya teksturnya kekal rangup.

Bagi yang sedang mencari idea kuih raya yang mudah dibuat, resipi biskut arab ini mungkin boleh dijadikan salah satu pilihan kerana bahan yang digunakan tidak banyak dan prosesnya juga tidak mengambil masa lama.

Baca juga: Petua Buat Air Gula & Ibu Sirap Kenduri Dulu-Dulu, Buat 1 ‘Step’ Ini Wangi Semerbak & Lebih Sedap!

Sumber: Threads @chesuselayangpandan

FT Image: Threads @chesuselayangpandan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×