Euforia Bola 2026
Famili

Baju Kurung Arwah Peneman Tidur… Rindu Tak Terubat, Ibu Kongsi Kenangan Anak Pelajar UPSI Terkorban Nahas Gerik

pelajar upsi

Pelajar UPSI yang terkorban dalam nahas ngeri tahun lalu tetap dirindui keluarganya, lebih-lebih lagi menjelang bulan Ramadan dan Syawal yang selalunya diraikan bersama-sama.

Kehilangan insan tersayang sememangnya bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui, dan inilah yang dirasai oleh seorang ibu dari Besut, Terengganu apabila Ramadan tahun ini disambut tanpa kehadiran anak sulungnya.

Baca juga: 15 Penuntut UPSI Dalam Nahas Bas Di Gerik Dikategorikan Syahid Akhirat Oleh Mufti

IBU KONGSI RINDU PADA PELAJAR UPSI TERKORBAN NAHAS GERIK

pelajar upsi

Foto: Kosmo

Menurut laporan, Norinda Kasim, 50 tahun, mengakui bulan Ramadan kali ini terasa janggal buat dirinya dan suami, Mohamad Isma Abdul Manaf, 48 tahun, kerana pertama kali menyambutnya tanpa anak sulung mereka, Nur Dalila Farhana Mohamad Isma.

Allahyarham yang berusia 21 tahun merupakan antara 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam nahas membabitkan sebuah bas persiaran di Jalan Timur-Barat, Gerik, Perak pada 9 Jun tahun lalu.

Kemalangan tersebut berlaku ketika mangsa bersama rakan-rakan dalam perjalanan pulang ke kampus di Tanjung Malim selepas cuti Hari Raya Aidiladha.

Menurut Norinda, sepanjang hayatnya, arwah tidak pernah meninggalkan puasa Ramadan bersama keluarga.

Malah ketika zaman persekolahan dahulu, Nur Dalila Farhana pernah memilih untuk tidak tinggal di asrama kerana mahu lebih dekat dengan keluarga.

Sepanjang 21 tahun dia hidup, arwah tidak pernah ketinggalan berpuasa bersama keluarga. Sewaktu sekolah menengah, dia sanggup tidak mahu masuk asrama supaya boleh tinggal dekat dengan kami,” katanya.

Anak yang rajin membantu di dapur” Tambah Norinda lagi, arwah juga dikenali sebagai seorang anak yang ringan tulang dan gemar membantu di dapur.

Setiap kali Ramadan, Nur Dalila Farhana sering membantu ibunya memasak dan membuat kuih-muih yang biasanya menjadi hidangan moreh selepas solat sunat tarawih.

Namun selepas pemergian anaknya, Norinda mengakui dia mengambil masa agak lama untuk kembali memasak di dapur kerana terlalu teringatkan arwah.

Masa awal pemergiannya dulu, hampir dua bulan saya tidak boleh masuk dapur untuk memasak.

Kenangan bersamanya, termasuk bayangan dia membantu saya di dapur, selalu mengganggu fikiran,” katanya.

Baju kurung arwah jadi pengubat rindu

pelajar upsi

Foto: Utusan

Bagi melepaskan rasa rindu yang mendalam, Norinda sering menatap serta mencium baju-baju kurung peninggalan anaknya. Kadangkala, pakaian tersebut juga menjadi peneman tidur buatnya pada waktu malam.

Kisah ini menyentuh hati ramai kerana menggambarkan betapa besarnya kasih seorang ibu terhadap anak yang telah pergi buat selama-lamanya.

Semoga keluarga ini terus diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian kehilangan insan tersayang.

Baca juga: Tragis! Leher Terkena Bilah Sabit Ketika Tunggang Motosikal, Pelajar Kolej Maut & Rakan Cedera Di Tangan!

Sumber: Kosmo! 

FT Images: Kosmo! 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×