Euforia Bola 2026
Famili

Pemergian Tragis Adik Amir Dalam Jagaan Ibu Kandung, Keluarga Angkat Kongsi Keadaan Terkini Umi Berkerusi Roda

kes adik amir

Berita pemergian kanak-kanak bernama Zubaidi Amir Qusyairi Abdul Malek pada 29 Januari tahun 2021, menjadi kisah yang sukar dilupakan sehingga kini. Di mana, kes adik Amir ini telah menggemparkan negara pada tahun tersebut dan mendapat perhatian masyarakat yang turut sama berduka setelah mengetahui cerita disebaliknya.

Baca juga: Tragis! Leher Terkena Bilah Sabit Ketika Tunggang Motosikal, Pelajar Kolej Maut & Rakan Cedera Di Tangan!

“KES ADIK AMIR DAH SELESAI, TAPI…”

kes adik amir

Tangkap layar: Threads @wiss.bangah

Anak lelaki yang dibesarkan enam tahun oleh keluarga angkat ini meninggal dunia tiga bulan selepas diserahkan ke dalam jagaan ibu kandung, meninggalkan kesan mendalam pada semua yang mengenalinya.

Baru-baru ini, menerusi perkongsian di Threads oleh abang angkat Allahyarham, kedukaan keluarga angkat masih terasa sehingga ke hari ini. Meskipun kes adik Amir telah selesai, ia meninggalkan kesan emosi yang mendalam, terutamanya terhadap Umi yang kini berkerusi roda.

“Buat yang bertanya keadaan umi macam mana, sekarang umi dah berkerusi roda. Kalau sebut nama Amir boleh terus menangis. Selalu ajak ziarah kubur arwah. Mohon doa dari semua umi sihat selalu,” kongsinya.

Dia turut mendedahkan bahawa Umi mengalami beberapa komplikasi kesihatan sejak pemergian Amir.

“Sepanjang 5 tahun lepas arwah Amir pergi, umi kena stroke 4 kali. Termasuk dalam video ini paling teruk sebab doktor terpaksa tidurkan umi tanpa keizinan kami sebab emergency. Mohon doa dari kalian semua moga umi sihat,” tambahnya lagi.

Perjalanan kes adik Amir

Dalam pada itu, abang angkat Allahyarham menegaskan bahawa walaupun kes adik Amir kini telah selesai.

Namun, mereka menghadapi kesukaran untuk berkongsi perincian tersebut, terutamanya kepada Umi yang setiap hari masih bersedih mengenangkan arwah.

“Saya abang angkat arwah, untuk pengetahuan semua kes ini dah selesai. Tapi kami sangat tak kuat untuk bagitahu pada kalian semua tentang kes ini terutama ummi kami yang hari-hari menangis ingat arwah Amir. Doakan kami tabah. Terima kasih semua,” balasnya di hantaran Threads pengguna lain.

kes adik amir qusyairi

Tangkap layar: Threads @wiss.bangah

Bahkan satu kenyataan di bawah ini seolah-oleh memberi gambaran bahawa mereka “kalah dengan sistem” sama seperti situasi beberapa tahun lalu apabila mereka tidak dapat menjenguk Amir ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

“Bukan dendam tapi keadilan untuk adik kami. Kami kalah dengan sistem. Kami kena serah arwah sebab sistem, kami kena terima situasi tak dapat jenguk arwah pun sebab sistem PKP tak boleh rentas negeri.

“Kami terpaksa akur sistem keputusan mahkamah ke atas kes ini. Moga allah membalas setiap perbuatan kejam yang mezalimi arwah adik kami Amir Qusyairi.”

Walaupun kes adik Amir telah sampai ke penamat, kenangan dan kesedihan masih kekal dalam ingatan keluarga angkat. Perkongsian ini secara tidak langsung mengingatkan masyarakat bahawa di sebalik setiap berita yang disiarkan, ada hati dan perasaan yang masih merasai kehilangan.

Kepada semua pembaca Siraplimau, mari kita semua memanjatkan doa agar Umi terus sihat dan keluarga ini tabah menghadapi hari-hari mendatang.

kes adik amir

Tangkap layar: Threads @wiss.bangah

Baca juga: [VIDEO] Nak Tekan Brek Tapi Selipar Tersangkut Pada Karpet, Kereta ‘Terjun’ Dalam Parit Ketika Cuba Parking

Sumber: Threads @wiss.bangah

FT Image: Threads @wiss.bangah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×