Euforia Bola 2026
Rakyat

Kenderaan Berat Dilarang Guna Jalan Raya 4 Hari Sempena Aidilfitri, MOT Nasihat Pemandu Utamakan Keselamatan

kenderaan berat

Kementerian Pengangkutan (MOT) menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan larangan sementara terhadap kenderaan berat daripada menggunakan jalan raya pada 19 dan 20 Mac iaitu menjelang Aidilfitri, serta pada 28 dan 29 Mac selepas perayaan tersebut.

Baca juga: “Ramai Sangka Saya Bawa Emak” – Lelaki Usia 28 Bahagia Kahwin Wanita 23 Tahun Lebih Tua..

LARANGAN KENDERAAN BERAT GUNA JALAN RAYA KETIKA AIDILFITRI

KENDERAAN BERAT

Freepik

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata pelaksanaan larangan pemanduan kenderaan barangan atau Road Ban selama empat hari itu dibuat berikutan peningkatan ketara jumlah kenderaan persendirian yang pulang ke kampung halaman sempena musim perayaan.

Menurutnya, setiap kali menjelang Aidilfitri, kes kemalangan jalan raya sering meningkat akibat kecuaian pemandu serta kegagalan merancang perjalanan dengan baik.

Sehubungan itu, MOT mengambil langkah melaksanakan Road Ban terhadap kenderaan berat pada 19 hingga 20 Mac serta 28 hingga 29 Mac bagi mengurangkan kesesakan dan meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya sepanjang musim perayaan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan, Paduan Kasih MADANI dan Ihya Ramadan MOT 2026 yang berlangsung di sini.

KENDERAAN BERAT

Dalam masa sama, JPJ akan mempertingkat pemantauan terhadap sektor pengangkutan darat bagi memastikan semua pihak mematuhi undang-undang jalan raya serta mengutamakan aspek keselamatan.

Anthony Loke turut menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam bagi perjalanan pulang ke kampung. Bagi mereka yang memandu kenderaan sendiri, beliau menasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan memandu dengan berhati-hati demi keselamatan semua pengguna jalan raya.

Baca juga: Nangis Tak Berlagu…Bangle Emas Bernilai Lebih RM12K Hilang Dalam Ribuan Bola Di Indoor Playground

Sumber: BERNAMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×