Euforia Bola 2026
Kerjaya

Nak Berjaya Dalam Kerjaya? Ini Rahsia Dari ‘Zero’ Sampai Jadi ‘Hero’ Yang Ramai Tak Tahu

BINA KERJAYA

Dalam dunia pekerjaan yang semakin kompetitif, memiliki perancangan yang jelas sangat penting bagi mereka yang ingin mencapai kejayaan. Ramai yang bermula dari bawah sebelum berjaya membina kerjaya yang stabil dan membanggakan. Oleh itu, mengetahui tips bina kerjaya yang betul boleh membantu seseorang merancang langkah dengan lebih baik serta meningkatkan peluang untuk berkembang dalam bidang yang diceburi.

Baca juga: Dr Asyraf Wajdi Terjah Pelajar MARA Di New Zealand, Sempat Minta ‘Tebuk’ Bacaan Al-Quran

TIPS BINA KERJAYA DARI ZERO – HERO, JANGAN CEPAT PUTUS ASA

BINA KERJAYA

Freepik

Berikut beberapa cara untuk bina kerjaya anda:

1. Berani mula dari bawah

Ramai yang menganggap kejayaan mesti bermula dengan peluang besar. Hakikatnya, ramai individu berjaya bermula dengan pekerjaan kecil terlebih dahulu.

Sebagai contoh, Jack Ma pernah ditolak puluhan permohonan kerja sebelum menubuhkan Alibaba Group. Namun kegagalan tersebut tidak menghalangnya untuk terus mencuba.

Apa yang penting adalah pengalaman yang diperoleh sepanjang perjalanan kerjaya tersebut.

2. Tingkatkan kemahiran

Dunia pekerjaan sentiasa berubah. Oleh itu, individu yang ingin berjaya perlu sentiasa meningkatkan kemahiran dan ilmu.

Ini termasuk:

  • Mengikuti kursus atau latihan profesional
  • Mempelajari kemahiran baharu
  • Memperbaiki kemahiran komunikasi dan kepimpinan

Kemahiran yang relevan boleh membantu seseorang berkembang dengan lebih cepat dalam kerjaya.

3. Jangan takut dengan kegagalan

Kegagalan sebenarnya adalah sebahagian daripada proses pembelajaran. Contohnya, Oprah Winfrey pernah mengalami pelbagai cabaran dalam hidup sebelum menjadi ikon media terkenal dunia melalui rancangan The Oprah Winfrey Show.

4. Bina networking

Hubungan profesional memainkan peranan penting dalam perkembangan kerjaya. Melalui rangkaian kenalan yang luas, seseorang boleh memperoleh peluang pekerjaan, projek baharu dan juga mentor yang boleh membantu perkembangan kerjaya.

Networking boleh dibina melalui program industri, seminar atau bengkel dan komuniti profesional.

Contohnya, Howard Schultz dibesarkan dalam keluarga yang hidup serba sederhana di Amerika Syarikat. Namun usaha kerasnya membolehkan beliau akhirnya menjadi individu penting di sebalik kejayaan jenama kopi terkenal dunia, Starbucks.

Di bawah kepimpinannya, Starbucks berkembang daripada sebuah kedai kecil kepada rangkaian kopi antarabangsa dengan ribuan cawangan di seluruh dunia.

BINA KERJAYA

Freepik

5. Berani ambil peluang

Kadang-kadang peluang besar datang dalam bentuk risiko.

Contohnya Tony Fernandes yang mengambil alih syarikat penerbangan yang mengalami kerugian sebelum berjaya membangunkannya menjadi jenama terkenal melalui AirAsia.

6. Konsisten dan tidak mudah berputus asa

Dalam perjalanan kerjaya, cabaran dan kegagalan adalah perkara biasa. Namun individu yang berjaya biasanya mempunyai satu persamaan iaitu konsisten dalam usaha serta tidak mudah berputus asa walaupun berdepan kesukaran.

Sebagai contoh, usahawan dan pencipta kandungan masakan Khairul Aming yang bermula dengan berkongsi resipi masakan secara ringkas di media sosial. Melalui usaha yang konsisten serta idea kandungan yang kreatif, beliau berjaya membina jenama sendiri dan mengembangkan perniagaan produk makanan seperti Sambal Nyet.

Hari ini, perniagaannya berkembang pesat sehingga produk tersebut mendapat permintaan tinggi di seluruh negara. Kisah ini menunjukkan bahawa kejayaan boleh dicapai apabila seseorang terus berusaha, konsisten dan berani memanfaatkan peluang yang ada.

Kesimpulannya, perjalanan kerjaya dari “zero ke hero” bukanlah sesuatu yang mustahil, IAmemerlukan usaha yang berterusan, keberanian untuk mencuba, kesediaan belajar daripada kegagalan serta kesungguhan untuk meningkatkan kemahiran diri.

Baca juga: Jenis Baju Kurung Yang Paling ‘Approved’ Bila Pergi Interview Kerajaan, Jangan Pakai ‘Merlip-Merlap’

Sumber: Educatly & Cousera

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×