Euforia Bola 2026
Suami Isteri

10 Tahun Tunggu Zuriat, Akhirnya Hamil Tapi Gugur… Kini Suami Strok & Isteri Terpaksa Buang Rahim

UJIAN HIDUP

Satu perkongsian menyentuh hati di media sosial mengundang perhatian ramai apabila seorang wanita mendedahkan ujian hidup yang begitu berat hingga terpaksa buang rahim.

Menerusi satu hantaran dalam ruangan perbincangan seorang wanita dikenali sebagai meeyazsz89 berkongsi pengalaman hidup yang penuh dugaan.

Baca juga: Bayi 9 Bulan Ini Hidap Penyakit Jarang Berlaku, Bila Menangis Terus Senyap & Tidak Bernafas!

WANITA KONGSI UJIAN HIDUP, 10 TAHUN TTC TAPI GUGUR DAN KENA BUANG RAHIM

BUANG RAHIM

Freepik (Sekadar gambar hiasan)

Menurutnya, selepas 10 tahun berkahwin, dia dan suami akhirnya menerima berita gembira apabila disahkan hamil. Namun kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila kandungannya gugur.

Lebih menyedihkan, dia kemudiannya disahkan menghidap kanser endometrium tahap 1B, satu diagnosis yang mengubah sepenuhnya perjalanan hidupnya.

Tidak lama selepas itu, ujian lain pula menimpa keluarga kecil mereka apabila suaminya diserang brain aneurysm sehingga menyebabkan salur darah di kepala pecah dan berada dalam keadaan kritikal.

“10 tahun kahwin tak pernah pregnant. Tiba-tiba pregnant tapi miscarriage. Lepas itu pula saya didiagnosis kanser endometrium stage 1B. Kemudian suami pula diserang brain aneurysm, salur darah di kepala pecah dan keadaan ketika itu 50/50.

“Sekarang dia tengah strok, saya dah buang rahim. Memang ditakdirkan tak mengandung dan memiliki zuriat,” kongsinya.

Menurut wanita itu lagi, suaminya kini mengalami strok akibat kejadian berkenaan, manakala dia pula terpaksa menjalani pembedahan membuang rahim. Keadaan tersebut sekali gus mengesahkan bahawa mereka tidak lagi berpeluang untuk memiliki zuriat sendiri.

Walaupun berdepan ujian bertalu-talu, wanita itu tetap berharap agar diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama suami.

Mohon doa orang ramai

BUANG RAHIM

Freepik

Dia turut memohon doa orang ramai agar mereka dikurniakan kesihatan serta rezeki yang tidak putus.

“Semua kerja saya take over, dari seorang isteri yang bergantung 100% kepada suami, sekarang saya pula take turn ambil tanggungjawab suami. Doakan saya kuat, doakan kami sihat. Doakan Rezeki kami tak pernah putus,” luahnya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian warganet yang rata-rata tersentuh dengan ketabahan pasangan berkenaan dan menitipkan doa yang menyentuh hati buat mereka.

“Saya doakan Allah mengangkat setinggi-tinggi darjat awak dan suami di sisi-Nya. Saya doakan awak suami isteri dimasukkan ke syurga tanpa hisab dan hidup bahagia di syurga tertinggi bersama zuriat yang ramai.

“Saya juga doakan segala urusan awak dipermudahkan selepas ini dan Allah sentiasa merahmati serta meredhai awak berdua. Nanti apabila saya ke Nabawi dan Mekah, saya akan hadiahkan doa serta solat hajat untuk awak suami isteri,” tulisnya.

Perkongsian itu sekali gus mengingatkan ramai bahawa setiap rumah tangga mempunyai ujian tersendiri, namun kesabaran dan sokongan antara pasangan menjadi kekuatan untuk terus melangkah dalam kehidupan.

Baca juga: Budak 12 Tahun Hidap Kanser Darah Perlukan 5–7 Beg Darah Sehari, Pusat Darah Negara Seru Orang Ramai Tampil Membantu

Sumber: Threads Meeyazsz89

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×