Kejadian menyayat hati membabitkan ibu dan anak menggemparkan penduduk Flat Taman Sahabat, apabila kedua-duanya ditemui meninggal dunia dalam keadaan rumah berkunci pada malam Selasa.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.17 malam itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan daripada pihak polis bagi membantu membuka pintu kediaman berkenaan selepas menerima aduan daripada jiran.
Baca juga: Anak Usia 6 Tahun Dah Jalani 170 Kali Kimo Akibat Kanser Otak, Kini Rafa Alaudin Disahkan Buta
IBU DAN ANAK MENINGGAL DUNIA DALAM RUMAH

Gambar Sinar Harian: Rumah yang didiami dua beranak itu berkunci menyebabkan polis meminta bantuan daripada bomba.
Jiran terhidu bau busuk sebelum lapor polis
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Pulau Pinang, John Sagun Francis, polis menerima aduan daripada jiran yang terhidu bau busuk dari rumah mangsa sebelum meminta bantuan bomba.
“Polis menerima aduan daripada jiran yang terhidu bau busuk dari rumah mangsa. Sehubungan itu, polis menghubungi bomba untuk bantuan membuka pintu rumah tersebut.
“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba pada jam 8.32 malam dan menjalankan kerja-kerja membuka pintu menggunakan peralatan khas bersama pihak polis.
“Selepas pintu berjaya dibuka, terdapat dua mangsa ditemui masing-masing di ruang tamu dan di dalam bilik tidur,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Operasi tersebut melibatkan enam anggota termasuk penyelia yang digerakkan ke lokasi, kira-kira sembilan kilometer dari balai bomba.
Baca juga: [VIDEO] Anak Murid Kelas ‘Belakang’ Hadiahkan Motosikal, Momen Cikgu Hidupkan Enjin Buat Ramai Sebak

Gambar Kosmo!: Mayat dua beranak ditemukan di sebuah rumah di Flat Taman Sahabat, Teluk Kumbar, malam tadi.
Disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian
Mangsa dikenal pasti sebagai Lee Tet Khim, 72, dan Lam Tong Hoong, 39. Kedua-duanya disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut berada di lokasi.
Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut bagi melengkapkan siasatan.
Operasi yang melibatkan sebuah jentera FRT dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Balik Pulau itu ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.55 malam.
Sumber: Sinar Harian
FT Image: Kosmo! / Sinar Harian
