Euforia Bola 2026
Dapur

Cara Masak Rendang Kerang Lazat Macam ‘Pro’, Kena Tumis Api Perlahan & Naik Aroma Rempah!

rendang kerang

Rendang kerang sememangnya antara lauk kegemaran ramai, terutamanya bila digandingkan dengan lemang dan nasi impit.

Aroma rempah yang pekat dan santan yang lemak membuatkan setiap suapan terasa nikmat, menjadikannya hidangan wajib bila majlis makan-makan diadakan.

Baca juga: Ramai Keliru! Nampak Sama Tapi Berbeza, Ini ‘Identiti’ Sebenar 4 Jenis Puding Karamel Viral Termasuk Versi Khairul Aming

RESIPI RENDANG KERANG LAZAT

rendang kerang

Gambar: Zamaira Yunus

Selain itu, bulan Syawal yang bakal diraikan lagi dua minggu dari sekarang, menjadikan rendang kerang ini sangat sesuai sebagai juadah raya.

Sama ada untuk hidangan keluarga di pagi raya atau jamuan tetamu, resipi mudah versi Zamaira Yunus ini pasti menambah kemeriahan meja makan anda.

Bahan-bahan:

  • 1 kg isi kerang
  • 5 ulas bawang merah kecil*
  • 1 ulas bawang besar merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • Sebesar ibu jari halia*
  • Saiz ibu jari lengkuas*
  • 4 ulas kunyit hidup*
  • 2 biji buah keras*
  • 10 tangkai cili api*
  • Segenggam cili kering*
  • 2 batang serai (1 diketuk)
  • 2 asam keping
  • 6 helai daun kunyit
  • 2 bungkus kerisik (sedia beli)
  • Sekotak kecil santan KARA
  • Gula Melaka secukup rasa (pilihan)

Kisar halus bahan-bahan yang bertanda *.

Baca juga: Suri Rumah Kongsi Tips Dari Nelayan Untuk Simpan Barang Basah, ‘Seafood’ & Daging Tak Cepat Rosak

rendang kerang

Gambar hiasan: Gemini AI

Cara penyediaan:

  1. Mulakan dengan membaca Bismillah sebelum memasak.
  2. Cuci kerang sehingga bersih, kemudian rendam sebentar dalam air panas. Toskan.
  3. Tumiskan bahan kisar bersama serai yang diketuk hingga naik minyak, gunakan api perlahan dan sabar.
  4. Masukkan gula Melaka, asam keping dan santan. Teruskan menumis hingga pecah minyak.
  5. Seterusnya, masukkan kerisik dan kerang, kacau dengan api sederhana besar.
  6. Apabila rendang mula kering, perasakan dengan garam, gula dan perasa tambahan ikut citarasa.
  7. Hiriskan daun kunyit dan taburkan di atas rendang sebelum tutup api.
  8. Hidangkan panas bersama lemang dan nasi impit.

Tips & trik!

  1. Pastikan menumis bahan rempah dengan sabar agar minyak naik dan aroma rempah keluar.
  2. Gunakan kerang segar untuk rasa yang lebih manis dan tekstur yang sempurna.
  3. Jika suka pedas, tambahkan lebih cili api semasa kisar.

Baca juga: Rebus 2 Buah Kering Ini Boleh Dapat Air Berbuka Rasa Macam Longan Tapi Lebih Sihat & Sedap Minum Panas!

Sumber: Zamaira Yunus

FT Image: Zamaira Yunus / Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×