Euforia Bola 2026
Nur

Puasa 9 Jam Sahaja? Ini 10 Negara Dengan Waktu Berpuasa Paling PENDEK Di Dunia!

waktu berpuasa

Waktu berpuasa bagi umat Islam ditentukan oleh tempat di mana mereka berada. Di Malaysia, rata-rata kita menjalani rutin puasa yang stabil, iaitu sekitar 13 jam sehari. Namun begitu, wujud pula negara yang mempunyai tempoh berpuasa yang pendek. Fenomena ini biasanya berlaku apabila bulan Ramadan jatuh pada musim luruh atau sejuk di hemisfera selatan.

Berikut ialah 10 negara yang mencatatkan tempoh berpuasa terpendek bermula dari hanya 9 jam.

Baca juga: Viral 10 Juta Tontonan, Lelaki Kongsi Pengalaman Puasa Paling Singkat Di Dunia…Hanya 60 Minit!

10 NEGARA PALING PENDEK WAKTU BERPUASA DI DUNIA

waktu berpuasa

Foto: Freepik

1. Ushuaia, Argentina (9 Jam)

Digelar sebagai “Bandar di Hujung Dunia”, Ushuaia terletak paling hampir dengan Antartika. Kedudukan latitudnya yang sangat rendah menyebabkan waktu siang yang sangat singkat, menyebabkan tempoh berpuasanya singkat di peringkat global.

2. Christchurch, New Zealand (10 Jam)

Di Pulau Selatan New Zealand, umat islam menikmati tempoh berpuasa yang cukup pantas. Dalam masa 10 jam sahaja, mereka sudah beralih dari waktu imsak ke waktu berbuka, memberikan pengalaman puasa yang sangat berbeza berbanding negara lain.

3. Puerto Montt, Chile (10-11 Jam)

Terletak jauh ke selatan dari garis khatulistiwa, bandar pelabuhan di Chile ini mengalami matahari terbenam lebih awal. Faktor geografi ini secara langsung memendekkan tempoh menahan diri daripada makan dan minum. 

4. Cape Town, Afrika Selatan (11 Jam)

Cape Town dikenali dengan keindahan alamnya, namun bagi umat Islam, ia juga dikenali dengan waktu berpuasa yang cukup singkat apabila Ramadan jatuh pada musim sejuk, iaitu sekitar 11 jam sahaja.

5. Jakarta, Indonesia (12 Jam)

Sebagai negara yang terletak hampir tepat di atas garisan khatulistiwa, Jakarta mempunyai tempoh siang yang sangat konsisten. Umat Islam di Jakarta berpuasa dengan konsisten setiap tahun.

waktu berpuasa

Foto: Freepik

6. Sao Paulo, Brazil (12-13 Jam)

Bandar metropolitan terbesar di Amerika Syarikat ini mempunyai tempoh puasa yang sederhana. Umat Islam di Sao Paulo berpuasa dalam tempih 12-13 jam, bergantung kepada kalendar dan perubahan waktu siang di Brazil.

7. Singapura (13 Jam)

Kedudukan geografi yang hampir selari dengan garisan Khatulistiwa menyebabkan kitaran siang dan malam stabil sepanjang tahun. Tempoh berpuasa di Singapura adalah sekitar 13 Jam dan dianggap ideal oleh umat Islam di Singapura.

8. Kuala Lumpur, Malaysia (13-14 Jam)

Di Malaysia, tempoh berpuasa kekal konsisten tanpa perubahan yang drastik tetapi terdapat perubahan kecil dalam waktu solat setiap tahun. Umat Islam di Malaysia lazimnya menjalani ibadah puasa selama 13 hingga 14 jam.

9. Nairobi, Kenya (13-14 Jam)

Terletak di wilayah Afrika Timur, Kenya mempunyai waktu puasa yang stabil iaitu sekitar 13- 14 jam. Suhu yang dingin dan nyaman membantu mengurangkan rasa keletihan, sekali gus memberikan pengalaman berpuasa yang jauh lebih selesa.

10. Darwin, Australia (14 Jam)

Darwin terletak di wilayah utara yang lebih hampir dengan khatulistiwa, yang menyebabkan tempoh berpuasanya sekitar 14 jam sahaja pada musim sejuk. Ini merupakan tempoh yang lebih singkat berbanding musim panas yang boleh melangkaui angka 16 jam.

Baca juga: Mustajabnya Berdoa Sebelum Berbuka! Ini Contoh 29 Doa Pendek Yang Mudah Dibaca & Diamalkan

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×