Euforia Bola 2026
Percutian

KTMB Umum 26 Perjalanan Tren Tambahan Sempena Aidilfitri, Cepat Beli Nanti Tiket Habis!

tren tambahan

Satu berita baik buat perantau yang bakal pulang ke kampung, baru-baru ini Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah mengumumkan 26 perjalanan tren tambahan sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Dalam kenyataan rasmi, KTMB memaklumkan perjalanan tambahan akan tersebut beroperasi bermula 17 hingga 29 Mac bagi menampung permintaan tinggi penumpang, susulan tiket perkhidmatan sedia ada yang hampir habis terjual.

Baca juga: Berita Gembira Buat Penjawat Awam, RM500 Bantuan Khas Kewangan Akan Dikreditkan Bermula 13 Mac

26 TREN TAMBAHAN SEMPENA AIDILFITRI 2027

tren tambahan

Gambar hiasan: KTMB

Lebih 105,000 tempat duduk tambahan ditawarkan

Daripada jumlah itu, 18 perkhidmatan melibatkan tren elektrik (ETS), manakala lapan lagi adalah perkhidmatan EMUPlus.

Sebanyak 10 perjalanan ETS tambahan telah mula dijual tengah hari Ahad, manakala baki 16 perjalanan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sepanjang tempoh operasi, tren ETS tambahan dan EMUPlus dijangka menyediakan 8,118 tempat duduk sehari termasuk pilihan kelas perniagaan. Secara keseluruhan, 105,534 tempat duduk tambahan ditawarkan bagi menampung lonjakan penumpang musim perayaan.

KTMB turut memaklumkan bahawa jumlah keseluruhan tempat duduk yang ditawarkan sepanjang tempoh Aidilfitri adalah sebanyak 285,714, merangkumi 70 perjalanan sehari dengan purata 21,978 tempat duduk sehari.

Bagi laluan ETS tambahan, ia melibatkan:

  • Lapan perjalanan JB Sentral – KL Sentral – JB Sentral
  • Enam perjalanan Ipoh – KL Sentral – Ipoh
  • Dua perjalanan Butterworth – KL Sentral – Butterworth
  • Dua perjalanan Padang Besar – KL Sentral – Padang Besar

Manakala bagi EMUPlus, lapan perjalanan akan beroperasi bagi laluan Ipoh – KL Sentral – Ipoh sepanjang tempoh sama.

Baca juga: Kadar Fidyah 2026 Lengkap Mengikut Negeri, Ini Cara Kira Yang Betul & Link Bayar Secara ‘Online’!

tren tambahan

Gambar hiasan: KTMB

Ekspres Lambaian Aidilfitri (ELA) disediakan untuk laluan Pantai Timur & Utara

Selain tren tambahan biasa, KTMB turut memperkenalkan Perkhidmatan Ekspres Lambaian Aidilfitri (ELA) bagi dua edisi iaitu Pantai Timur dan Utara.

Bagi edisi Pantai Timur, tren akan beroperasi pada:

  1. 18 Mac (KL Sentral – Tumpat)
  2. 22 Mac (Tumpat – KL Sentral)

Sebanyak 792 tiket ditawarkan termasuk koc tempat tidur, dengan tambang bermula antara RM80 hingga RM95.

Untuk edisi Utara pula, laluan melibatkan:

  1. 17 & 22 Mac (KL Sentral – Padang Besar)
  2. 18 & 23 Mac (Padang Besar – KL Sentral)

Sebanyak 1,200 tiket ditawarkan dengan kadar tambang bermula sekitar RM70.

Orang ramai boleh mendapatkan tiket secara tanpa tunai melalui aplikasi KITS Style, laman web rasmi KTMB atau mesin kios di stesen terpilih. Penumpang digalakkan merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kehabisan tiket pada saat akhir.

Baca juga: Seronoknya! ‘Melaka Tourism Passport’ RM5 Diperkenal, Boleh Guna Untuk 63 Produk Pelancongan

Sumber: Facebook KTMB

FT Image: KTMB (1), (2)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×