Kerja customer service atau perkhidmatan pelanggan sering dianggap sebagai pekerjaan yang terhad kepada menjawab panggilan telefon.
Hakikatnya, peranan ini jauh lebih luas dan memerlukan kemahiran komunikasi, pengurusan emosi serta penyelesaian masalah yang baik. Bagi lepasan SPM yang berminat menceburi bidang ini, memahami skop sebenar tugas amat penting sebelum melangkah ke alam pekerjaan.
Baca juga: Dr Asyraf Wajdi Terjah Pelajar MARA Di New Zealand, Sempat Minta ‘Tebuk’ Bacaan Al-Quran
KERJA CUSTOMER SERVICE BUKAN SEKADAR JAWAB TELEFON SAHAJA

Freepik
Berikut merupakan skop kerja utama seorang perkhidmatan pelanggan:
1. Kendali pertanyaan pelanggan
Tugas asas seorang customer service adalah menjawab pertanyaan berkaitan produk atau perkhidmatan syarikat. Ini termasuk memberikan maklumat yang tepat, jelas dan mudah difahami sama ada melalui telefon, e-mel, media sosial atau sistem pesanan dalam talian.
2. Urus aduan & selesaikan masalah
Selain memberi maklumat, bekerja sebagai perkhidmatan pelanggan bertanggungjawab mengendalikan aduan pelanggan secara profesional. Mereka perlu mendengar dengan teliti, memahami isu yang dihadapi dan mencari penyelesaian terbaik dalam tempoh yang ditetapkan bagi memastikan kepuasan pelanggan terpelihara.
3. Beri sokongan selepas jualan
Peranan ini turut melibatkan khidmat selepas jualan seperti membantu pelanggan membuat tuntutan jaminan, pertukaran barangan atau mendapatkan panduan penggunaan produk. Sokongan berterusan ini penting untuk membina kepercayaan dan hubungan jangka panjang dengan pelanggan.
4. Rekod dan kemas kini maklumat
Setiap interaksi bersama pelanggan perlu direkodkan dengan sistematik dalam pangkalan data syarikat. Rekod ini penting bagi tujuan rujukan, analisis prestasi serta penambahbaikan perkhidmatan pada masa hadapan.

Freepik
5. Bekerja dengan jabatan berkaitan
Bekerja sebagai perkhidat sering menjadi penghubung antara pelanggan dan jabatan lain seperti bahagian teknikal, logistik atau kewangan. Kerjasama dalaman yang baik memastikan setiap isu dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan berkesan.
6. Bina pengalaman positif
Lebih daripada sekadar menyelesaikan masalah, pegawai customer service berperanan mencipta pengalaman yang menyenangkan untuk pelanggan. Layanan yang sopan, empati dan profesionalisme boleh memberi impak besar terhadap imej serta reputasi sesebuah organisasi.
Secara keseluruhannya, kerjaya dalam bidang customer service atau perkhidmatan pelanggan ini memerlukan komitmen dan kesungguhan, namun ia juga membuka peluang perkembangan kerjaya yang luas.
Bagi lepasan SPM, bidang ini boleh menjadi platform terbaik untuk membina kemahiran komunikasi dan pengalaman kerja yang bernilai dalam jangka masa panjang.
Baca juga: Jenis Baju Kurung Yang Paling ‘Approved’ Bila Pergi Interview Kerajaan, Jangan Pakai ‘Merlip-Merlap’
Sumber: Freshworks
