Permohonan kemasukan anak-anak ke prasekolah 2027 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh dibuat secara dalam talian melalui sistem ePrasekolah bermula Mac 2026 ini.
Bagi ibu bapa yang merancang untuk mendaftarkan anak ke prasekolah kerajaan, berikut adalah maklumat lengkap meliputi tarikh penting, syarat kelayakan dan cara permohonan melalui sistem rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.
Baca juga: [TERKINI] KPM Umum Pengambilan 20,000 Guru Baharu, Permohonan Dibuka 2 Mac Ini!
PANDUAN PENUH PERMOHONAN KEMASUKAN PRASEKOLAH 2027

Gambar hiasan: Gemini AI
Fungsi Sistem ePrasekolah KPM
Selaras dengan pendigitalan perkhidmatan awam, KPM membangunkan sistem ePrasekolah untuk memudahkan urusan pendaftaran secara atas talian.
Antara fungsi utama sistem ini ialah:
1. Permohonan ke Prasekolah KPM
- Isi borang permohonan
- Semak dan kemas kini maklumat
- Buat rayuan permohonan
2. Kemaskini maklumat pengguna
- Pastikan e-mel aktif dan dikemas kini
3. Carian maklumat institusi
- Semak senarai prasekolah berdaftar dengan KPM
4. Semakan status
- Semak keputusan permohonan dan rayuan
Tarikh permohonan prasekolah 2027
Berikut ialah tarikh rasmi permohonan:
- Secara dalam talian: 1 Mac – 30 April 2026
- Secara manual: 1 Mac – 31 Mei 2026
Bagi permohonan manual, ibu bapa perlu membawa sijil lahir asal semasa pendaftaran di sekolah yang dipohon.
Syarat kelayakan permohonan
Kanak-kanak yang layak memohon mestilah memenuhi syarat berikut:
- Warganegara Malaysia
- Lahir pada 2 Januari 2021 hingga 15 Januari 2023
Baca juga: Gusar Hati Mak Ayah Kes Dera Makin Menjadi-Jadi, Ini 5 Cara Pilih Tadika Yang Selamat & Terbaik!

Gambar hiasan: Gemini AI
CARA DAFTAR PRASEKOLAH MELALUI ePRASEKOLAH & MANUAL
Permohonan boleh dibuat melalui dua kaedah:
1. Secara dalam talian dan langkah-langkah pendaftaran
Layari laman rasmi ePrasekolah di: https://eprasekolah.moe.gov.my .
1. Daftar & log masuk
- Hanya ibu/bapa/penjaga dibenarkan mendaftar
- Gunakan e-mel aktif
2. Lengkapkan maklumat
- Isi maklumat ibu bapa/penjaga dengan tepat
- Pastikan nama penuh dan nombor MyKad betul
- Simpan kata laluan dengan selamat
- Pastikan nombor telefon aktif
3. Cetak & hantar
- Permohonan lengkap perlu dicetak
2. Secara manual
- Isi borang dan hantar terus ke sekolah yang dipilih
- Tempoh: 1 Mac – 31 Mei 2026
Nota penting untuk ibu bapa
- Permohonan boleh dikemas kini selagi berstatus ‘Menunggu Pengesahan’.
- Jika berstatus ‘Tidak Lengkap’, ibu bapa perlu kemas kini semula.
- Setiap pindaan maklumat memerlukan borang dicetak dan dihantar semula.
- Jika permohonan sudah disahkan pihak sekolah, sebarang perubahan perlu dimaklumkan terus kepada pihak sekolah untuk tindakan lanjut.
Permohonan awal dan maklumat yang tepat dapat mengelakkan sebarang kesulitan di saat akhir. Ibu bapa dinasihatkan menyemak semua dokumen serta tarikh penting supaya proses kemasukan Prasekolah 2027 berjalan lancar.
SILA RUJUK MANUAL PENGGUNA EPRASEKOLAH KPM DALAM LAMPIRAN DI BAWAH:
Sumber: Portal Kementerian Pendidikan Malaysia
FT Image: Gemini AI
