Euforia Bola 2026
Didik

Hampir 50,000 Murid 6 Tahun Daftar Sesi Kemasukan Tahun Satu 2027, Johor Antara Negeri Tertinggi

MURID 6 TAHUN

Pendaftaran murid 6 tahun bagi kemasukan Tahun Satu sesi 2027 menunjukkan perkembangan yang amat memberangsangkan apabila hampir 50,000 permohonan direkodkan dalam tempoh dua minggu pertama.

Johor pula muncul antara negeri yang mencatat jumlah tertinggi, mencerminkan kesediaan ibu bapa membuat perancangan awal pendidikan anak-anak.

Baca juga: Asyik Menggaru Dekat 5 Bahagian Tubuh Ini Ingatkan Alergi Habuk, Rupanya Petanda Ada Kencing Manis!

50,000 MURID 6 TAHUN DAFTAR TAHUN SATU 2027

MURID 6 TAHUN

Menurut Fadhlina Sidek, beliau menyifatkan perkembangan itu sebagai petanda awal yang memberangsangkan terhadap pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035 (RPM), yang menetapkan beberapa sasaran utama untuk dicapai dalam tempoh sedekad akan datang.

“Apabila Johor menjadi antara negeri tertinggi dari segi pendaftaran, ia menggambarkan kesediaan ibu bapa untuk memberikan komitmen dan kepercayaan kepada sistem pendidikan yang sedang dilaksanakan,” katanya.

Mengulas lanjut, Fadhlina memaklumkan tempoh rasmi pendaftaran akan berakhir pada 31 Mac ini. Namun begitu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tetap membuka ruang kepada ibu bapa untuk mengemukakan permohonan selepas tarikh berkenaan.

Langkah itu diambil bagi memastikan tiada kanak-kanak tercicir daripada sistem pendidikan hanya kerana kekangan masa atau pertimbangan tertentu yang dihadapi ibu bapa.

Menurut beliau, kementerian membuat unjuran maksimum sehingga 700,000 pendaftaran bagi sesi kemasukan berkenaan. Sehubungan itu, persiapan menyeluruh sedang digerakkan termasuk aspek kemudahan fizikal sekolah dan pengambilan guru.

Walaupun perancangan dibuat pada tahap optimum, data semasa membolehkan KPM menyusun strategi yang lebih bersasar mengikut keperluan negeri serta sekolah berdasarkan corak pendaftaran yang diterima.

MURID 6 TAHUN

Kredit foto: BERNAMA

Fadhlina menegaskan bahawa proses pendaftaran Tahun Satu 2027 tidak harus dilihat sebagai urusan pentadbiran semata-mata. Sebaliknya, ia merupakan sebahagian daripada agenda transformasi pendidikan menerusi RPM 2026-2035 yang menekankan peningkatan kualiti pembelajaran dan pemerkasaan murid secara menyeluruh.

Dalam konteks itu, kementerian turut memperluas pelaksanaan Program Tekad Reformasi Pendidikan (Tekad) sebagai platform penerangan dan libat urus bersama warga sekolah, ibu bapa serta komuniti.

Inisiatif berkenaan bertujuan memastikan setiap lapisan masyarakat memahami teras strategik RPM, di samping memperkukuh peranan keluarga dalam menyokong pembangunan pendidikan anak-anak.

Beliau turut menjelaskan bahawa usaha penerangan tidak akan terhenti selepas tempoh pendaftaran tamat, sebaliknya diteruskan secara berperingkat bagi memastikan pelaksanaan dasar berjalan lancar dan mendapat sokongan berterusan.

Baca juga: Gerhana Bulan Penuh Dijangka Berlaku 3 Mac Ini, Mufti Saran Buat Solat Sunat Bermula Selepas Maghrib

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×