Euforia Bola 2026
Famili

“Dah Lama Craving…”- Kakak Sempat Tunaikan, Puding Karamel Jadi Permintaan Terakhir Sebelum Adik ‘Pergi’ Keesokannya

puding karamel

Ketika ramai sedang mencuba resepi puding karamel yang tular di media sosial, seorang wanita tidak menyangka hidangan manisan itu menjadi kenangan terakhir bersama adik tersayang yang meninggal dunia secara mengejut pada hujung tahun lalu.

Kisah menyayat hati itu dikongsikan oleh Athy, 23, menerusi TikTok miliknya selepas trend puding karamel kembali menjadi sebutan ramai susulan perkongsian resipi oleh Khairul Aming.

Baca juga: [VIDEO] Kebakaran 5 Sekeluarga Di Raub, Bekas Pelajar MRSM Tunggu Keputusan SPM Antara Mangsa Terkorban

PUDING KARAMEL JADI KENANGAN TERAKHIR WANITA INI BERSAMA ADIKNYA

puding karamel

Gambar: TikTok @athyyyyy0

Permintaan terakhir yang tak disangka

Menurut Athy, pada 4 Disember 2025, adiknya Muhammad Aidil, 20, ada menyuarakan keinginan untuk makan puding karamel. Katanya, adiknya sudah lama ‘craving‘ dan sempat merajuk kerana dia agak lewat menunaikan permintaan tersebut.

Namun siapa sangka, keesokan paginya Aidil ditemukan sudah meninggal dunia di rumah.

“Sekarang selalu lalu fyp pudding karamel jadi teringat dekat dia, sebab puding karamel itu makanan terakhir dia minta sampai dia merajuk sebab saya lambat buatkan untuk dia,” kongsinya.

Athy bersyukur sekurang-kurangnya arwah sempat menikmati puding karamel air tangannya itu sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Baca juga: [VIDEO] 7 Pemuda Gadai Nyawa Selamatkan Ibu & 2 Anak Kecil Di Tasik Biru, Anwar Ibrahim Ucap Tahniah!

Meninggal dunia dalam tidur

Bercerita lanjut ketika dihubungi Lobak Merah, Athy memaklumkan adiknya hanya mengalami demam panas sehari sebelum kejadian. Aidil sempat ke klinik, makan ubat dan masih berselera seperti biasa walaupun kurang sihat.

Malam sebelum kejadian, arwah sempat menjawab panggilan telefon rakannya sekitar jam 1 pagi. Keluarga hanya menyedari pemergiannya pada jam 7 pagi ketika ingin mengejutkannya untuk bersarapan.

“Arwah Aidil meninggal dunia dalam tidur, masih bertampal cool fever dekat dahi dia masa kami kejut dia untuk kali terakhir tapi dia dah takda,” katanya.

Aidil disahkan meninggal dunia pada pagi Jumaat, 5 Disember 2025.

“Arwah demam sehari je, arwah ada pergi klinik dan makan ubat, lepastu tidur. Sebelum tidur tu arwah sempat makan puding karamel dan ada beberapa makanan arwah makan (banyak juga yang dia makan) walaupun demam dia tetap selera,” kongsinya lagi.

Baca juga: Tangisan Seorang Ibu… 5 Artis Wanita Malaysia Ini Diuji Kematian Anak, Kisah Yang Merobek Hati Peminat

puding karamel

Gambar: TikTok @athyyyyy0

Tunggu keputusan post mortem

Menurut Athy, keputusan penuh bedah siasat masih belum diperoleh dan dijangka mengambil masa sehingga tiga bulan. Pemeriksaan awal mendapati tiada kesan kecederaan luaran mahupun dalaman, serta tiada lebam dikesan pada tubuh arwah.

Ada kemungkinan jangkitan kuman dalam darah menjadi punca, namun perkara itu masih belum disahkan secara rasmi oleh pihak hospital.

Perkongsian Athy itu mengundang simpati ramai warga maya yang turut berkongsi pengalaman kehilangan orang tersayang secara mengejut. Bagi Athy, setiap kali melihat video resipi puding karamel melintas di media sosial, kenangan bersama arwah adik pasti kembali menjengah.

Kadang-kadang, sesuatu yang ringkas seperti semangkuk pencuci mulut boleh menjadi memori paling mahal untuk dikenang seumur hidup.

Sumber: TikTok @athyyyyy0 / Lobak Merah

FT Image: TikTok @athyyyyy0

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×