Euforia Bola 2026
Dapur

Ramai Keliru! Nampak Sama Tapi Berbeza, Ini ‘Identiti’ Sebenar 4 Jenis Puding Karamel Viral Termasuk Versi Khairul Aming

dessert karamel viral

Sejak kebelakangan ini, dessert karamel viral sedang hangat diperkatakan di media sosial sehingga ramai keliru dengan namanya. Ada yang panggil quesillo, ada yang kata flan, malah ada versi tambah cream cheese dan roti.

Nampak hampir sama, tetapi sebenarnya setiap satu mempunyai identiti tersendiri. Kalau sekali imbas memang sukar nak bezakan. Namun dari segi bahan dan tekstur, perbezaannya agak ketara. Mari ketahui lanjut perbezaannya!

Baca juga: Suri Rumah Kongsi Tips Dari Nelayan Untuk Simpan Barang Basah, ‘Seafood’ & Daging Tak Cepat Rosak

EMPAT PERBEZAAN DESSERT KARAMEL VIRAL DI MALAYSIA

dessert karamel viral

Gambar: Jom Sembang

1. Puding karamel (klasik Malaysia)

  • Ini versi yang paling sinonim dengan rakyat Malaysia dan sering jadi hidangan pencuci mulut di rumah.
  • Bahan asas: susu, telur dan gula karamel
  • Tekstur: Lembut, ringan dan smooth. Mudah cair di mulut dan tidak terlalu padat.
  • Inilah puding karamel Malaysia, comfort food keluarga yang biasa kita jumpa ketika kenduri atau majlis kecil-kecilan.

2. Quesillo (tradisional Amerika Latin)

  • Quesillo pula merupakan pencuci mulut tradisional dari Venezuela dan beberapa negara Amerika Latin lain.
  • Secara asasnya, bahan hampir sama dengan puding karamel, tetapi biasanya menggunakan lebih banyak telur.
  • Tekstur: Sangat licin dan kadangkala mempunyai rongga kecil halus (sedikit porous).
  • Perkara penting yang ramai tak tahu, quesillo original tidak menggunakan cream cheese langsung. Jadi jika ada tambahan keju krim, ia bukan lagi versi tradisional.
dessert karamel viral

Gambar: Jom Sembang

3. Flan de Queso (creamy mewah)

  • Flan de Queso pula lebih rich dan indulgent.
  • Perbezaan utama: Ditambah cream cheese dalam adunan
  • Tekstur: Lebih padat, sangat creamy dan mempunyai rasa keju lembut yang seimbang dengan karamel.
  • Jika nampak dessert karamel yang lebih “berat” dan berkrim, besar kemungkinan itu ialah Flan de Queso.

4. Versi viral terkini (fusion/ubah suai)

  • Versi yang sedang tular sekarang pula banyak diinspirasikan oleh perkongsian pempengaruh masakan seperti Khairul Aming serta pencipta kandungan lain.
  • Ada yang menambah: cream cheese, roti, susu pekat atau custard pekat
  • Apabila sudah ada roti dan cream cheese, ia sebenarnya lebih hampir kepada puding roti karamel creamy berbanding quesillo asal.

Baca juga: Rebus 2 Buah Kering Ini Boleh Dapat Air Berbuka Rasa Macam Longan Tapi Lebih Sihat & Sedap Minum Panas!

KESIMPULAN MUDAH SUPAYA TAK LAGI TERTUKAR

Untuk mudahkan anda bezakan:

  1. Tiada cheese: Biasanya puding karamel / quesillo
  2. Ada cream cheese: Lebih tepat flan de queso
  3. Ada roti: Puding roti karamel
  4. Viral di internet: Selalunya resepi fusion (ubah suai)

Sebab itulah ramai nampak pencuci mulut yang hampir sama tetapi namanya berbeza, resipi sudah berubah mengikut trend semasa. Apa pun versinya, semuanya tetap sedap dan bergantung pada cita rasa masing-masing.

Baca juga: Tak Suka Lauk Berkuah Waktu Sahur? Apa Kata Cuba Perapan Ayam Goreng Berempah Pejal & Rangup INI!

Sumber: Jom Sembang

FT Image: Ticer Ika / Nur Masri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×