Setiap kali tiba bulan Ramadan atau ketika ingin mengamalkan pemakanan sunnah, kurma menjadi pilihan utama. Namun, tahukah anda bahawa setiap jenis kurma mempunyai kelebihan berbeza bergantung kepada matlamat kesihatan?
Tidak semua jenis kurma sesuai untuk semua orang kerana ada yang lebih baik untuk tenaga segera, ada untuk pesakit diabetes, malah ada yang lebih mudah dihadam untuk warga emas.
Baca juga: Berbuka Puasa Makan Kuih & Air Dulu Sebenarnya SALAH! Kena Ikut Urutan ‘F.P.C’ Ini Baru Betul
JENIS KURMA UNTUK KESIHATAN BADAN, KENA PILIH YANG SESUAI

Freepik
Berikut panduan memilih kurma mengikut keperluan anda:
1. Masalah asid refluks & perut kembung
Pilihan terbaik: Ajwa, Zahidi
Kurma jenis ini kurang menyebabkan penapaian dalam perut dan lebih mudah dihadam, sekali gus membantu mengurangkan rasa ‘angin’ dan pedih ulu hati.
2. Mahu fokus minda & tenaga stabil ketika bekerja
Pilihan terbaik: Kimia
Kurma Kimia membantu memberikan pelepasan tenaga yang lebih stabil. Ia sesuai untuk mereka yang perlukan fokus berpanjangan tanpa rasa letih mendadak.
3. Hidangan berbuka yang berat
Pilihan terbaik: Zahidi
Zahidi membantu mengelakkan penurunan gula secara mendadak (sugar crash) selepas berbuka, terutama jika anda mengambil hidangan berat.
4. Mudah dikunyah untuk warga emas
Pilihan terbaik: Ajwa, Barhi
Teksturnya lebih lembut dan tidak terlalu liat, menjadikannya lebih sesuai untuk warga emas atau individu yang mempunyai masalah gigi.
5. Untuk pesakit diabetes & pra-diabetes
Pilihan terbaik: Ajwa, Zahidi
Jenis ini cenderung memberikan kenaikan gula darah yang lebih terkawal berbanding kurma yang terlalu manis dan besar. Namun, kuantiti tetap perlu dikawal dan disarankan mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Freepik
6. Bantu turunkan berat badan
Pilihan terbaik: Zahidi, Kimia
Kurma ini memberi rasa kenyang lebih lama dan boleh membantu mengawal selera makan, sekali gus mengurangkan tabiat makan berlebihan.
7. Sahur untuk puasa panjang
Pilihan terbaik: Kimia, Zahidi
Membantu anda kenyang lebih lama kerana pelepasan tenaga yang lebih perlahan dan stabil.
8. Tenaga segera ketika iftar
Pilihan terbaik: Medjool (makan satu sahaja)
Kurma Medjool lebih besar dan tinggi kandungan gula semula jadi, sesuai untuk pemulihan tenaga pantas selepas seharian berpuasa.
9. Kesihatan Jantung
Pilihan terbaik: Ajwa, Khudri
Kaya dengan serat dan mineral yang menyokong kesihatan jantung serta membantu pengawalan kolesterol.
Ramai memilih kurma berdasarkan harga atau populariti semata-mata. Hakikatnya, pemilihan kurma sepatutnya berdasarkan keperluan kesihatan dan gaya hidup masing-masing.
Apa pun jenis pilihan anda, amalkan secara sederhana kerana kurma tetap mengandungi gula semula jadi dan pengambilan berlebihan boleh memberi kesan kepada paras gula darah.
Semoga panduan ini membantu anda memilih kurma yang bukan sahaja sedap, tetapi juga memberi manfaat optimum untuk kesihatan.
Baca juga: Cara Buat Pes Kunyit Campur Beras DIYAKINI Boleh Rawat Bisul, Sapu Setiap Hari InsyaAllah Surut
Sumber: Rakita MY
