Euforia Bola 2026
Kini Trending

Pelancaran Syampu Luar Biasa: Safi Shayla Uji Rambut Hijabi Melalui Cabaran Go-Kart

Wanita berhijab dan gaya hidup aktif kini bukan lagi dua perkara yang perlu dipisahkan.

Jika dahulu rutin penjagaan rambut sering dikaitkan dengan fungsi asas sahaja, kini penjagaan rambut juga menjadi sebahagian daripada identiti keyakinan diri.

Safi Shayla tampil dengan pendekatan berbeza dalam pelancaran Safi Shayla Supa Micellar Thick & Volume Shampoo, dengan memperkenalkan pengalaman pelancaran yang lebih dekat dengan realiti kehidupan wanita berhijab moden.

Berbanding pelancaran produk kecantikan konvensional, Safi Shayla memilih konsep Go-Kart Race Challenge sebagai simbol ujian ketahanan rambut dalam situasi sebenar.

Cabaran ini mencerminkan cabaran harian wanita berhijab, termasuk pendedahan kepada haba, peluh, tekanan pemakaian helmet dan pergerakan aktif sepanjang hari.

Yang menarik, jemputan ke acara pelancaran dilakukan dengan cara kreatif apabila Safi Shayla menghantar helmet kuning terang bersama golden ticket kepada pencipta kandungan dan wakil media.

Pendekatan ini bukan sekadar jemputan acara, tetapi juga simbol cabaran untuk mencuba sesuatu yang berbeza dan keluar daripada zon selesa.

Formula baharu untuk rambut hijabi aktif

Acara pelancaran ini turut menjadi platform memperkenalkan teknologi formulasi baharu yang digunakan dalam syampu tersebut.

Safi Shayla Supa Micellar Thick & Volume Shampoo merupakan syampu hijabi pertama yang menggabungkan kafein dan Vitamin C Serum bagi membantu mengembalikan volume rambut wanita berhijab yang sering menjadi leper selepas memakai tudung dalam tempoh lama.

Fungsi utama produk ini adalah membantu menjadikan rambut terasa lebih ringan, lebih lebat dan kekal bervolume walaupun selepas melalui aktiviti harian yang aktif.

Selain itu, syampu ini turut menawarkan wangian mewah yang mampu bertahan sehingga 72 jam, membolehkan rambut kekal segar dan harum dalam tempoh lebih lama.

Go-Kart Race Challenge: ujian sebenar rambut hijabi

Sepanjang acara, lebih daripada 60 wanita hijabi menyertai perlumbaan go-kart dalam sesi eksklusif sebelum acara dibuka kepada orang awam.

Setiap pembelian syampu turut melayakkan pengguna menikmati sesi go-kart secara percuma, sekali gus menggabungkan pengalaman gaya hidup dengan pembelian produk.

Meraikan keyakinan wanita berhijab

Menurut wakil Safi Shayla, pendekatan ini bukan sekadar memperkenalkan produk baharu, tetapi juga meraikan wanita berhijab yang berani mencabar diri dan mengejar gaya hidup aktif tanpa perlu mengorbankan keselesaan.

Keyakinan wanita, khususnya wanita berhijab, sering bermula dengan rasa selesa terhadap diri sendiri, termasuk keselesaan rambut di bawah tudung.

Kempen pelancaran ini juga bersempena sambutan World Hijab Day, menjadi simbol penghargaan terhadap kekuatan, keyakinan dan gaya hidup wanita berhijab moden yang semakin dinamik.

Untuk maklumat lanjut mengenai Safi Shayla Supa Micellar Thick & Volume Shampoo dan kempen terbaharu mereka, anda boleh layari platform media sosial rasmi Safi Malaysia atau membeli syampu terbaru ini melalui pautan ini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×