Euforia Bola 2026
Nur

Ramai Belum Tahu Kalau Anda Berada Di Bangunan Level 80 Ke Atas, Kena Buka Puasa Lewat Sikit!

buka puasa

Terbaharu, timbul kekeliruan dalam kalangan masyarakat mengenai perbezaan waktu buka puasa bagi mereka yang berada di bangunan tinggi berbanding di aras bawah.

Secara asasnya, individu yang berada di kedudukan lebih tinggi akan mengalami waktu maghrib sedikit lewat dan waktu subuh (syuruk) sedikit lebih awal berbanding mereka di aras bawah. Perbezaan ini boleh mencecah sehingga beberapa minit bergantung kepada ketinggian sesuatu lokasi.

Baca juga: Anak Diganggu Lelaki Tak Dikenali Ketika Di Masjid, Mula Dengan Soalan “Tandas Dekat Mana?”

BUKA PUASA LEWAT 3 MINIT KALAU DI BANGGUNAN TINGGI

BUKA PUASA

Isu ini mula hangat diperkatakan selepas seorang pengguna Threads, @hakeimchi, memaklumkan bahawa mereka yang berbuka puasa di hotel dalam Merdeka 118 atau berada di pejabat aras 80 ke atas perlu menunggu kira-kira tiga minit selepas azan maghrib di bawah sebelum berbuka.

Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi. Ada yang mempertikaikan kenyataan itu dengan alasan waktu berbuka di Kuala Lumpur tertakluk kepada jadual rasmi Wilayah Persekutuan tanpa mengira aras bangunan.

Namun, ramai juga tampil mempertahankan kenyataan tersebut dengan menjelaskan bahawa isu ini bukan perkara baharu dan pernah dihuraikan oleh pihak berautoriti agama sebelum ini.

Dalam Islam, waktu berbuka puasa ditentukan apabila matahari benar-benar terbenam. Bagi mereka yang berada di tempat tinggi, kedudukan matahari masih boleh kelihatan walaupun azan sudah berkumandang di bawah.

Keadaan ini sama seperti situasi penumpang kapal terbang, selagi matahari masih kelihatan, waktu maghrib belum masuk bagi individu tersebut.

Perkara ini turut dihuraikan oleh Mufti Negeri Pulau Pinang, Prof. Madya Dr. Mohd. Sukki Othman dan menjelaskan perbezaan waktu adalah bergantung kepada ketinggian lokasi seperti 1 minit bagi ketinggian 100–200 meter, 2 minit bagi 200–400 meter, 3 minit bagi 500–800 meter dan 4 minit bagi 800–1,000 meter.

BUKA PUASA

Sebagai contoh, seseorang yang berada di Komtar yang melebihi 200 meter dari aras laut perlu melewatkan berbuka sekitar dua minit selepas azan di bawah.

Sebagai gambaran, antara bangunan tertinggi di Malaysia ialah Merdeka 118 – 678.9 meter, Menara Berkembar Petronas – 451.9 meter dan The Exchange 106 – 445.5 meter

Berdasarkan julat ketinggian tersebut, individu yang berada hampir di puncak Menara Merdeka 118 misalnya, berkemungkinan perlu menunggu sekitar tiga minit selepas azan maghrib di aras bawah sebelum berbuka.

Perbezaan ini bukanlah bermaksud jadual waktu solat rasmi tidak tepat, sebaliknya ia mengambil kira faktor geografi dan ketinggian.

Apa yang penting, penentuan waktu berbuka adalah berdasarkan terbenamnya matahari di lokasi seseorang itu berada. Justeru, mereka yang berada di bangunan tinggi wajar memahami situasi ini agar ibadah puasa dilaksanakan dengan lebih tepat dan yakin.

Baca juga: Gempa Bumi Kuat 6.8 Magnitud Gegar Perairan Sabah, Tiada Ancaman Tsunami Dilaporkan

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang & Hakeimchi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×