Pelakon jelita, Siti Saleha akhirnya berkongsi detik yang ditunggu-tunggu peminat apabila buat pertama kalinya memperkenalkan wajah anak sulungnya, Indra, kepada umum. Wajah anak Siti Saleha ini dinanti ramai kerana ingin melihat sama ada ‘terkenan’ wajah ‘mat salleh’ ataupun tidak. Comelnya!
WAJAH ANAK SITI SALEHA JADI TUMPUAN, PERSIS WAJAH ‘MAT SALLEH’

Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, pelakon berusia 36 tahun itu memuat naik beberapa foto manis sesi fotografi bersama bayi kesayangan serta suaminya, Joshua Fitton. Gambar-gambar tersebut nyata mencuri perhatian apabila memaparkan momen keluarga kecil mereka dalam suasana penuh kasih sayang.
Lebih mencuit hati, kapsyen yang ditulis Saleha turut mengundang senyuman ramai.
“Assalamualaikum, Indra ucapkan selamat berpuasa kepada semua. Tapi Indy tak puasa tau,” tulisnya berseloroh.
Perkongsian itu pantas dibanjiri tanda suka dan komen daripada peminat serta rakan selebriti yang rata-ratanya teruja melihat wajah si kecil buat pertama kali.
Dalam masa sama, penampilan terbaharu suami Saleha, Joshua Fitton, turut menjadi perhatian apabila tampil dengan imej berambut pendek yang lebih segar dan kemas.
Meninjau ke ruangan komen, ramai memuji kecomelan Indra yang dikatakan memiliki raut wajah persis ‘anak mat salleh’ seperti ayah dan ibunya. Tidak kurang juga yang menyifatkan kombinasi wajah ibu dan ayahnya menjadikan si kecil itu tampak sangat menawan.

Ternyata, kemunculan pertama Indra di media sosial bukan sahaja mencuri hati peminat, malah menjadi antara perkongsian paling manis menjelang Ramadan kali ini.
*Tahniah Siti Saleha dan suami.
Sumber: Instagram @sallywho
