Euforia Bola 2026
Percutian

Ini Senarai Resort & Hotel Ada Sijil Halal JAKIM Di Wilayah Utara Malaysia, Nak ‘Book’ Bufet Ramadan Tak Risau!

hotel halal

Memasuki Ramadan 1447H, carian mengenai resort dan hotel halal semakin meningkat apabila ramai yang mahu memastikan premis penginapan dan lokasi berbuka puasa mempunyai pengesahan sah.

Terbaharu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan senarai hotel dan resort yang merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) untuk rujukan pengguna.

Baca juga: “Nak Mula Tahun Ini!”- Ibu Kongsi 8 Cara Tepis Rasa Malu Berbuka Di Masjid, Sekali Buat Terus Jadi Rutin Ramadan

SENARAI RESORT DAN HOTEL HALAL JAKIM

hotel halal JAKIM

Gambar hiasan: Gemini AI

Perkongsian itu dibuat menerusi hantaran Threads rasmi @myjakim sebagai panduan khususnya sepanjang bulan Ramadan.

Menurut JAKIM, senarai ini melibatkan hotel dan resort Pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) setakat 16 Februari 2026 bagi edisi Wilayah Utara seperti:

  1. Perlis
  2. Kedahi
  3. Pulau Pinang
  4. Perak

Langkah ini dilihat dapat membantu pengguna:

  • Membuat pilihan premis diyakini halal
  • Merancang lokasi berbuka puasa atau iftar korporat
  • Menempah penginapan dengan lebih yakin
  • Mengelakkan kekeliruan status halal

Baca juga: Senarai 24 Hotel Di Negeri Sembilan Miliki Sijil Halal Malaysia, Senang Nak Buat ‘Event’ Tanpa Was-Was!

Kepentingan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM)

Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) merupakan pengiktirafan rasmi yang dikeluarkan oleh JAKIM bagi memastikan sesuatu premis memenuhi piawaian halal yang ditetapkan.

Pensijilan ini merangkumi aspek seperti:

  • Sumber bahan mentah
  • Proses penyediaan makanan
  • Kebersihan dan pengendalian
  • Sistem pengurusan halal premis

Dengan adanya rujukan rasmi seperti ini, pengguna khususnya umat Islam dapat membuat keputusan berdasarkan maklumat sah dan terkini.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk sentiasa menyemak status halal sesebuah premis melalui saluran rasmi JAKIM bagi mendapatkan pengesahan yang tepat.

SENARAI RESORT & HOTEL HALAL JAKIM BAGI WILAYAH UTARA 2026

1. KEDAH & PERLIS

hotel halal

2. PULAU PINANG

hotel halal

3. PERAK

hotel halal JAKIM

Baca juga: Sentuhan Ramadan Ee Wei Curi Perhatian, Bina Replika Kaabah & Beri Ucapan Ringkas Dipuji Peminat

Sumber: Threads @myjakim

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×