Kalau sebut je musim raya, mesti terbayang bazar, kuih raya, lagu klasik berkumandang dan suasana meriah sampai lewat malam. Tahun ini, pengalaman tu dibawa ke satu level lain menerusi RIUH Raya Baik Baik 2026, sebuah marketplace yang menghimpunkan 110 jenama lokal, kreatif dan performer dalam satu ruang penuh vibe komuniti.
Bertempat di Raintree Plaza, TRX Kuala Lumpur dari 25 Februari 2026 hingga 1 Mac 2026, acara ini berlangsung dari jam 3.00 petang hingga 3.00 pagi. Ya, betul. Sampai 3 pagi!
RIUH Raya Baik Baik bukan sekadar tempat shopping raya, tapi ruang meraikan bakat Malaysia dalam suasana yang menghidupkan semangat Kampung Kita.
Tema “Kampung Kita” bawa nostalgia dalam bandar
Tahun ini, RIUH tampil dengan tema “Kampung Kita: Our Village” yang mengubah ruang urban TRX menjadi perkampungan penuh nostalgia.
Bayangkan rumah kampung sebagai pentas utama, hentian bas mini lama sebagai photobooth, tikar mengkuang sebagai seating area dan dekorasi gantung seperti bubu ikan serta kain batik menghiasi ruang.
Konsep ini bukan sekadar cantik untuk OOTD, tapi membawa mesej tentang kebersamaan, warisan dan nilai tradisi yang masih relevan dalam dunia moden. Ia jadi ruang untuk orang ramai berkumpul, reconnect dan raikan budaya dengan cara yang lebih bermakna.
110 jenama lokal, dari fesyen sampai persiapan raya
RIUH Raya Baik Baik menampilkan:
- 73 Retail Brands
- 30 F&B Vendors
- 25 Live Acts
- 20 Bengkel & Aktiviti Kreatif
Majoriti jenama retail terdiri daripada fesyen, aksesori, keperluan harian, hadiah raya dan barangan rumah.
Dari busana raya, produk penjagaan diri sehinggalah ke hadiah perayaan, semuanya dipilih khas untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih unik sambil menyokong jenama tempatan.
Bagi bahagian F&B pula, pengunjung boleh menikmati pelbagai pilihan daripada juadah berbuka puasa, pencuci mulut, snek, hidangan utama hingga makanan kering.
Nak nasi lemak, churros, tacos atau kuih raya? Semuanya ada di satu lokasi!
Selain itu, ada persembahan live dari artis popular & indie
Selain shopping dan makan-makan, pentas RIUH Raya Baik Baik akan dihidupkan dengan persembahan daripada barisan artis dan kumpulan seperti:

- Aisha Retno
- NAKI
- Ramayan
- Langkasuka
- COUPLE
Line up untuk persembahan ini menggabungkan artis popular, pemuzik indie semasa, bakat akar umbi serta persembahan kebudayaan.
Jadi suasananya memang perpaduan elemen tradisional dan moden, selari dengan konsep Kampung Kita yang diketengahkan.
Bukan itu sahaja, ada 20 bengkel kreatif & aktiviti interaktif juga!
Kalau datang dengan keluarga atau kawan-kawan, memang tak sempat bosan. Antara bengkel yang dianjurkan sepanjang 5 hari ini termasuk:

- Anyam ketupat
- Kad raya stamping
- Kata-kata raya
- Kuih raya workshop
- Arabic calligraphy
- Tote bag batik painting
- Kompang playing workshop
- Raya hairstyling class
- Kain styling tutorial
- Dekorasi ampul raya
Ada juga pop-up barber, permainan tradisional dan photobooth khas untuk abadikan momen raya anda.
Kolaborasi strategik bersama KWSP
Menariknya tahun ini, RIUH Raya Baik Baik dianjurkan dengan kerjasama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai rakan strategik.
Kolaborasi ini mencerminkan komitmen bersama untuk memperkasakan rakyat Malaysia bukan sahaja dari segi kreatif, tetapi juga kewangan. Dalam semangat raya yang penuh perbelanjaan dan perancangan masa depan, mesej tentang kesejahteraan jangka panjang dan keselamatan kewangan turut dibawakan secara santai dan relevan.
Sambil kita sokong jenama tempatan dan raikan budaya, jangan lupa juga tentang perancangan masa depan.
Jom datang ramai-ramai ke RIUH Raya Baik Baik 2026!

Kalau anda rindu suasana kampung, inilah tempatnya. Dari dekorasi nostalgia, muzik live, shopping lokal sampai ke aktiviti interaktif, semuanya dalam satu ruang yang meraikan budaya Malaysia dengan cara yang segar dan kontemporari.