Euforia Bola 2026
Nur

Sentuhan Ramadan Ee Wei Curi Perhatian, Bina Replika Kaabah & Beri Ucapan Ringkas Dipuji Peminat

replika kaabah

Aktiviti membina replika Kaabah yang dilakukan oleh pemain beregu campuran negara, Toh Ee Wei, nyata mencuri perhatian peminat khususnya umat Islam yang sedang menyambut Ramadan.

Video ringkas yang dimuat naik di TikTok miliknya bukan sahaja memaparkan kreativiti, malah menjadi simbolik ucapan buat masyarakat Islam.

Baca juga: Niat Puasa Sebab Nak Kurus Je…Sah Ke Tak? Mufti Tampil Beri Pencerahan Supaya Anda Tak Tersasar!

replika kaabah

Gambar TikTok @toheewei: EE Wei menghabiskan masa lapang sambil ditemani kucing kesayangannya.

Ucapan ringkas yang menyentuh hati

Tindakan juara dunia 2025 itu menyusun satu per satu permainan lego berbentuk Kaabah turut disifatkan sebagai satu sentuhan manis bersempena bulan mulia ini.

Dalam video berdurasi 0.11 saat itu, Ee Wei turut menitipkan ucapan ringkas buat pengikutnya.

“Selamat menyambut Ramadan dan semoga murah rezeki,” kata Ee Wei di TikTok.

Walaupun ringkas, ucapan tersebut menerima respons positif daripada peminat yang rata-ratanya terharu dengan keprihatinan atlet kelahiran Melaka itu.

Baca juga: “Nak Mula Tahun Ini!”- Ibu Kongsi 8 Cara Tepis Rasa Malu Berbuka Di Masjid, Sekali Buat Terus Jadi Rutin Ramadan

replika kaabah

Gambar TikTok @toheewei.

Pujian dan reaksi peminat di ruangan komen

Perkongsian tersebut dihujani pelbagai komen positif daripada warga maya yang tersentuh melihat usaha Ee Wei membina replika Kaabah sambil ditemani kucing kesayangannya.

Antara yang mencuri perhatian ialah, “Baby girl, kami yang Muslim ini pun tak tergerak hati nak beli Kaabah tau, comelnya. Masya-Allah tabarakallah,” kata Heythereivy.

Selain itu, seorang lagi peminat menulis, “Terima kasih sebab beri ucapan, Ee Wei. Sangat manis ucapan daripada awak. Ini adalah Kaabah,” kata Walni Nilwa.

Ada juga yang mendoakan kejayaan atlet tersebut dengan berkata, “Semoga Cik Toh (Ee Wei) menang Seluruh England dan juara dunia sekali lagi. Sudah pasti pingat emas Sukan Olimpik. Amin,” katanya Lanzenn.

Tidak kurang juga yang berseloroh memberi nama Islam kepadanya. “Ramai letak Nur depan nama Ee Wei. Nur maksudnya cahaya. Semoga murah rezeki, selalu diberi cahaya kemenangan,” kata Thatlia.

Setakat jam 10.00 pagi Isnin hari ini, perkongsian santai tersebut berjaya meraih 564 ribu tontonan dan 52.3 ribu tanda suka.

@toheeweiSelamat Menyambut Ramadan dan Semoga murah rezeki. 🤲🏻♬ original sound – TOH EE WEI 🍉🍉🍉

Baca juga: Makan Awal Lepas Tarawih Dikira Bersahur Ke? Hati-Hati Pilih Waktu, Risau Tak Dapat Pahala Sunnah

Sumber: TikTok @toheewei

FT Image: TikTok @toheewei

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×