Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda perairan Kota Kinabalu, Sabah, sekali gus menyebabkan gegaran dirasai di beberapa daerah sekitar Sabah.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kejadian tersebut direkodkan pada jam 12.57 pagi.
Baca juga: “Patutlah Ramai Perasan…”- Ada Ibu Bapa Dakwa Anak IVF ‘Lain Macam’ Bijak & Comel, Mitos Atau Fakta?
GEMPA BUMI KUAT GEGAR PERAIRAN KOTA KINABALU

Menurut agensi itu, pusat gempa dikesan pada koordinat 7.0 darjah Utara dan 116.4 darjah Timur dengan kedalaman 678 kilometer, kira-kira 49 kilometer ke arah barat Kudat.
Beberapa kawasan di negeri ini dilaporkan turut merasai gegaran berkenaan, namun setakat ini tiada amaran tsunami dikeluarkan. MetMalaysia memaklumkan pihaknya akan terus memantau situasi dan menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa.
Di media sosial, penduduk sekitar Kota Kinabalu berkongsi pengalaman masing-masing selepas merasai gegaran selama beberapa saat.
Malah, satu rakaman video yang tular di Facebook memaparkan detik gegaran dirasai seorang individu ketika sedang berehat di kediamannya.

Tinjauan di ruangan komen Facebook MetMalaysia turut mendapati ramai warga maya tampil berkongsi pengalaman serta keadaan di lokasi masing-masing sewaktu kejadian berlaku.
Dalam perkembangan sama, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu telah menjalankan rondaan pemantauan di sekitar pusat bandar sebagai langkah berjaga-jaga.
Menurut kenyataan JBPM, rondaan turut dilakukan di kawasan pesisir pantai berhampiran Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) susulan kejadian gempa bumi berkenaan.
Baca juga: Ramadan 2026: Fenomena ‘Masjid Hunting’ Makin Viral, Ini 18 Lokasi Popular Sekitar Lembah Klang
Sumber: MetMalaysia & Sinar Harian
