Euforia Bola 2026
Rakyat

“Tak Perlu Pusing Lama…”- Bazar Ramadan Putrajaya Dipuji, Siap Ada Infografik Penuh Lot Niaga & Menu Jualan!

bazar ramadan putrajaya

Setiap kali Ramadan tiba, Bazar Ramadan Putrajaya pasti menjadi tumpuan warga Lembah Klang. Namun tahun ini, kelainannya mencuri perhatian ramai apabila senarai penuh gerai dan menu jualan disediakan lebih awal untuk rujukan pengunjung.

Perkongsian oleh sebuah akaun di Threads telah menerima pelbagai reaksi positif. Dia menyifatkan inisiatif ini sebagai satu langkah bijak yang patut dicontohi bazar Ramadan lain di seluruh negara.

Baca juga: Kaffarah Jimak Bukan Bayar Di Pusat Zakat, Amil Kata Selesaikan Denda Di Tempat Ini Sepatutnya!

BAZAR RAMADAN PUTRAJAYA SEDIAKAN SENARAI GERAI & MENU JUALAN, RAIH PUJIAN RAMAI

bazar ramadan putrajaya

Senarai gerai dan menu bantu pembeli rancang awal

Menurut perkongsian tersebut, pengunjung kini boleh:

  • Fikir awal nak beli juadah apa
  • Kenal pasti gerai yang ingin dituju
  • Jimat masa tanpa perlu pusing lama
  • Kurangkan kesesakan di laluan bazar
  • Melancarkan pergerakan (foot traffic)

Pendek kata, pembeli tak lagi perlu berjalan dari hujung ke hujung bazar semata-mata untuk survey makanan. Segalanya boleh dirancang lebih awal berdasarkan infografik senarai lot niaga yang dikongsikan.

Malah, pendekatan ini dilihat sangat membantu terutama bagi mereka yang datang selepas waktu kerja dan mahu membeli dengan cepat sebelum waktu berbuka.

Baca juga: Kadar Fidyah 2026 Lengkap Mengikut Negeri, Ini Cara Kira Yang Betul & Link Bayar Secara ‘Online’!

FRP 2026 mula dibuka!

bazar ramadan putrajaya

Menerusi Instagram @perbadananputrajaya, Festival Ramadan Putrajaya (FRP 2026) secara rasmi bermula pada Rabu, 18 Februari 2026.

Selain Bazar Ramadan Putrajaya Presint 3, pengunjung juga boleh menikmati:

  1. Anjung Syawal – ruang membeli-belah luas dan berhawa dingin
  2. Gastro Seni WP – lokasi santai untuk lepak dan menjamu selera
  3. Solat fardhu & sunat Terawih di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
  4. Moreh di Pasar Kopi

FRP 2026 digambarkan sebagai pusat sehenti untuk beriadah, membeli-belah dan beribadah sepanjang Ramadan.

Bazar ini menempatkan sebanyak 291 lot niaga, merangkumi pelbagai kategori jualan daripada lauk-pauk, minuman, manisan hinggalah kaunter bayaran zakat. Ia beroperasi dari jam 3 petang hingga 8 malam.

Baca juga: Viral ‘Mandi Sunat Sebelum Sambut Ramadan’, Betul Ke Sunnah Nabi SAW Atau Sekadar Amalan Kosong?

Kempen Go Green & galakan bawa beg sendiri

Dalam masa sama, bazar ini turut melaksanakan kempen Go Green sepanjang tempoh operasi.

Antara langkah yang diperkenalkan:

  • Tiada plastik sekali guna disediakan
  • Beg biodegradasi dikenakan caj RM0.20
  • Pengunjung digalakkan bawa bekas makanan atau beg sendiri
  • Boleh dermakan beg guna semula di kaunter urusetia untuk kegunaan orang lain

Usaha ini bukan sahaja memudahkan pengurusan sisa, malah menyemai kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar dalam kalangan pengunjung.

SENARAI PENUH LOT NIAGA & MENU JUALAN

Sumber: Threads @malayapulse / Instagram @perbadananputrajaya

FT Image: TikTok @placesmalaysia / Instagram @perbadananputrajaya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×